Khamis, 2 Julai 2015

Sling Bag Hari Raya

 Berderet.Sling bag kanak-kanak.Hari ini nak bagi PERCUMA kepada siapa yang berminat dengan sling bag ini.Kena baca sampai habis syarat-syaratnya.

Sling Bag Kanak-Kanak

 Dalam kejar masa nak siapkan tempahan raya,sempat lagi buat simple sling bag. Semua barangan yang hendak diterima sebelum hari raya,pastikan dipos sebelum 10hb julai 2015. Berdebar-debar nak siapkan semua.

Khamis, 25 Jun 2015

Eyelet Bag Handmade ct N honey

 Kadang-kadang boring pula bila buat photoshoot dalam rumah saja,dan latarbelakangnya warna putih.Hari ini terlebih rajin,pagi-pagi lagi angkat kayu pallet buat studio..hi..hi...kelakar pula

Koleksi Eksklusif Envelope Clutch Handmade ct N honey

Last tempahan pelanggan untuk envelope clutch.Selalunya untuk envelope clutch ini, pelanggan lebih suka menyediakan sendiri kain. Sebab ingin nampakkan kelainan dan eksklusif . Juga untuk nampak sedondon dengan gandingan pakaian mereka.

Foldover Clutch Handmade

 Masih menggunakan kain jenis yang sama (seperti entry  disini ). Kali ini adalah Foldover clutch pula.

Rabu, 24 Jun 2015

Evening Satin Envelope Clutch

Kali ini envelope clutch bersulam emas pula. Memang cantik kain nya, saya suka sangat. Saya tak pasti dari mana pelanggan beli.

Selasa, 23 Jun 2015

Songket Clutch Handmade

Lama rasanya tak update blog. Sebelum itu saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pelanggan dan pengunjung blog ini.Selama 2-3 minggu ini saya seperti biasa menyiapkan tempahan, dan salah satunya pattern envelope clutch. Ada 3 design ya g sempat disiapkan.

Rabu, 20 Mei 2015

Saya Sayang Cikgu Saya-Hadiah Hari Guru

 Tempahan disaat-saat akhir,untuk hadiah hari guru. 80pcs pencil case.Nasib baik sekolah ini menyambut hari guru lewat sikit. Bolehlah menyiapkannya.

Jumaat, 15 Mei 2015

Beg Buatan Tangan Tempahan Butik

koleksi bag buatan tangan 'handmade ct N honey'
Sebenarnya tak ada idea nak buat entry ni. Kepala dah serabut fikirkan list tempahan yang masih panjang. Terima kasih sangat-sangat kepada pelanggan yang memahami keadaan saya.

Selasa, 28 April 2015

Koleksi Clutch Handmade ct N honey

Ini batch 2 hadiah hari guru. 20pcs clutch siap. Corak pilihan pelanggan,berbagai motif dan warna menjadi pilihannya. Jika anda menempah dari Handmade bag ct N honey, corak dan warna disediakan. Jenis kain pula adalah dari jenis cotton,linen dan heavycotton (canvas).