Jumaat, 1 April 2016

Tutorial Pemasangan Eyelet Beg

Hari ini nak tunjukkan cara memasang eyelet beg. Kalau kita ada semua peralatan membuat beg, hasilnya lebih cantik,mudah dan beg nampak lebih eksklusif.

Isnin, 21 Mac 2016

Jahit Beg Guna Material PU leather


 Stock PU leather dah lama ada. Tiba-tiba hati tu berkobar-kobar nak mencuba. Terhasil lah beg ini. Yang seronoknya jahit material PU leather ni tak perlu nak pegang iron. Nak tambah CS (kain pengeras). Potong, jahit,siap.

Ahad, 20 Mac 2016

Beg Dari Material Kalis Air (PVC Waterproof)

Lama rasanya tak update di blog. Sekarang ini saya bagi tumpuan lebih sikit pada jualan untuk aksesori beg. Mungkin sebab susah nak mencari tempat yang menjual aksesori beg semasa mula-mula menjahit handmade beg dulu, jadi ingin lah saya berkongsi dan memudahkan rakan-rakan yang juga mencari aksesori beg ini. Nampaknya menjahit kena kurangkan sikit buat sementara waktu.

Selasa, 15 Disember 2015

Tempahan Handbag Fabrik Canvas

Tempahan handbag dari Handmade bag ct N honey

Handbag-Black Classic

 Masih menggunakan pattern yang sama kali ini customer menempah sedondon dengan clutch purse. Material yang digunakan adalah canvas hitam. Sangat menyerlah kombinasi corak yang dipilih.

Handbag Maroon Colour

 Mengejar masa yang rasanya sangat cepat berjalan. Dalam sibuk semua nak dibuat,siap juga tempahan dari customer yang sangat penyabar orangnya.

Jumaat, 11 Disember 2015

Tutorial: Buat Tali Sling Bag

 Walaupun sibuk nak siapkan tempahan tapi hati tu nak share dengan semua cara membuat tali beg. Ada banyak cara membuat tali beg. Ini adalah salah satunya, dan cara ini sesuai digunakan untuk sling bag.

Ahad, 6 Disember 2015

Tapak Mesin Jahit Untuk Material Kulit,PVC dan Nylon

 Hari ini nak share dengan rakan-rakan mengenai tapak mesin jahit. Terutama kepada yang menggunakan material jenis kulit, PU leather, PVC, Laminated, Vinly ataupun material yang kesat dan melekat di tapak mesin semasa menjahit.

Sabtu, 5 Disember 2015

Masa Untuk Dapat Hadiah (Pemenangnya)





Giveaway lagi. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi ucapan SELAMAT HARI LAHIR kepada saya melalui Facebook,SMS dan WhatsApp. Sebagai tanda terima kasih saya, satu Envelope Clutch dari Handmade ct N honey akan menjadi milik salah seorang nama yang tersenarai dibawah.

Rabu, 2 Disember 2015

Tempahan Beg Bereben

 Beg bereben tempahan untuk ibu dan anak. Sesuai untuk mereka yang nak rasa chomel-chomel gitu bila sandang beg ini. Corak bermotifkan rose cath kidston,vintage dan kartun Frozen.