Khamis, 3 November 2016

Kelas Menjahit Beg Material PU leather


PERHATIAN UNTUK MEREKA YANG BERMINAT UNTUK BELAJAR MENJAHIT BEG


Untuk menambahkan pendapatan
Untuk mencari hobi baru
Untuk berkenalan dengan ramai crafter atau rakan baru
Untuk menambah ilmu dalam bidang jahitan
Untuk kenal siapa owner handmade ct N honey

Anda adalah orang yang sesuai untuk menghadiri kelas membuat beg yang saya sendiri sebagai tenaga pengajarnya. Jangan lepas kan peluang untuk menghasilkan dan memiliki beg seperti di atas hasil jahitan anda sendiri nanti.

Di dalam kelas menjahit beg itu nanti akan di ajar
1) cara menjahit material PU leather
2) kenali material dan aksesori terkini untuk menghasilkan handmade beg yang menarik
3) Alat atau aksesori mesin yang sesuai untuk menjahit PU leather.

Untuk kelas pertama kali saya adakan ini semua peserta nanti akan di beri PERCUMA tapak mesin dan jarum khas untuk menjahit PU leather. 

Saya mengalu-alukan kehadiran anda nanti. Jumpa disana.

Berminat boleh contact no telefon yang tertera di poster. Juga boleh ke page  Sarang Craft by Abby untuk mendaftar.


Sabtu, 1 Oktober 2016

Kelas Menjahit Beg Menggunakan Material PU Leather

Kelas ke dua saya merupakan student yang sudah biasa membuat beg. Jadi tak ada masalah dengan basic membuat beg.

Khamis, 29 September 2016

Kelas Jahit Beg

Hari ini nak update tentang kelas menjahit yang saya buat. Sebenarnya saya tak lah ambil serius sangat untuk membuat kelas ini. Tapi bila dah student nak sangat datang belajar saya terimalah dengan senang hati. 


Untuk kelas kali ini student memilih untuk membuat frame beg menggunakan material PU leather. Cantik betul hasilnya. 

Jumaat, 23 September 2016

Bag Frame Dari Material PU leather

Setelah mencuba berbagai jenis PU leather ini sebahagian PU leather yang sangat saya suka.Banyak pilihan yang disediakan dan juga ketebalannya memang suai untuk dibuat beg.

Sabtu, 17 September 2016

Handmade Beg Setanding Jenama Terkenal.

Hari ini excited sangat nak share dengan semua hasil terbaru saya menggunakan material PU leather. Sangat puas hati menggunakan material ini.

Khamis, 21 Julai 2016

Aksesori Dan Material Buat Beg

 Saya suka sangat nak share dengan semua hasil terbaru Handmade Bag Craft ct NHoney Saya juga akan memberitahu terutama kepada crafter nama aksesori dan material yang saya gunakan untuk membuat wristlet purse ini. Jadi dimasa akan datang senanglah nak mencari dan membelinya.

Beg Dari Material Glitter Vinyl

 Kali ini beg yang dihasilkan menggunakan Glitter Vinyl dan Printed PU Leather.

Jahit Sendiri wristlet purse PU Leather

 Wristlet Purse yang diperbuat dari PU Leather.  Seronok dan penuh kesabaran nak menyiapkannya.

Isnin, 27 Jun 2016

Frame Beg Comel Di Pagi Raya

 Bila nak dekat-dekat raya ni mood buat beg menjadi-jadi pula. Sebenarnya dah lama nak buat beg ikut suka hati je..Lain kalau buat tempahan beg dari pelanggan,mesti ikut kehendak pelanggan dengan corak dan ukuran yang telah ditetapkan. Kadang-kadang boleh stress juga, takut hasil beg tu nanti tidak memenuhi kehendak pelanggan.

Rabu, 22 Jun 2016

Glitter Vinyl Dan Beg Raya

Rasanya sudah lama sangat tak update hasil handmade saya di sini. Memandangkan kesibukkan dengan kedai kecil menjual aksesori bag saya, jadi semua tempahan beg buat masa ini ditangguhkan sehinggalah di beritahu kelak. Ramai yang menghantar email,msg di page untuk buat tempahan, jadi di sini saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan semua pelanggan. Terima kasih kerana berminat dengan handmade saya.

Hari ini nak share dengan semua, hasil handmade saya setelah lama tak usik mesin jahit. Ada juga part semasa proses nak menyiapkan beg ni kena termenung sekejap sebab dah lupa caranya...