Rabu, 3 Mei 2017

Kiss Lock Beg (Hadiah hari lahir)



 Seperti biasa hadiah untuk BIG Giveaway setiap bulan mesti di siapkan. Untuk bulan April saya buat kiss lock beg pula. Cepat boleh disiapkan.

Rabu, 19 April 2017

Fabric & Accessories Supplier

 
Untuk mereka yang 'Bag Making' mesti tercari-cari di mana untuk membeli kain dan aksesori beg kan. Tak ramai sebenarnya yang betul-betul menjual semua barang khas untuk membuat beg. Selalunya kalau kita ke kedai jahit, kebanyakkan barang yang dijual adalah untuk menjahit baju dan barang-barang craft.

Rabu, 5 April 2017

Pola Beg beli online

Hadiah BIG giveaway untuk bulan Mac dah siap. Bulan ni special sikit sebab saya beli pola beg ni khas untuk giveaway. Kiranya bertuah lah siapa yang dapat tu.

Isnin, 27 Mac 2017

Handmade Gifts mengikut Tema

 Sudah lama rasanya menyepi dari membuat entry di blog. Sebenarnya sibuk dengan kedai kecil online saya sehingga tidak ada masa untuk menjahit. Tapi jika dah minat menjahit tu... akan curi masa juga untuk buat sesuatu  asalkan mesin jahit dapat 'on'.

Isnin, 19 Disember 2016

Membuat Beg (Frame Kiss Lock)

 Dapat pola baru.Sebelum bagi FREE kepada pelanggan harus lah di cuba dulu. Frame bag atau ada juga yang panggil frame kiss lock. Apa pun namanya, nampak macam senang, tapi bila buatnya tak lah sesenang yang disangka.

Rabu, 14 Disember 2016

Hadiah Unik Untuk Yang Teristimewa

Minggu lepas buat handmade beg khas untuk dijadikan hadiah. Bila niat untuk diberi pada seseorang, pilihan corak,material dan quality harus juga dijaga.

Jumaat, 2 Disember 2016

Material Dan Aksesori Beg Terbaru (Handmade Bag)

Walaupun sekarang sibuk dengan kedai kecil online saya yang menjual material dan aksesori beg, selalunya kalau sudah lebih seminggu tidak memegang mesin jahit mulalah rasa boring sangat. Memandangkan material yang sedang hangat sekarang sudah sampai samplenya, apa tunggu lagi...merempitlah....

Khamis, 1 Disember 2016

Kelas Menjahit Beg di THE CRAFTSICAL STUDIO

Pada 26hb Nov 2016 yang lalu untuk pertama kalinya kelas pertama saya telah diadakan di THE CRAFTSICAL STUDIO. Syukur Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar. Selama ini kelas hanya diadakan secara personal di rumah sahaja. Terima kasih kepada semua student yang support kelas menjahit Lady Handbag saya.

Selasa, 15 November 2016

Bucket Bag Handmade ct N honey

 Sudah lama nak buat pattern beg ni.. Kebetulan ada masa dan material yang sesuai boleh lah mula merempit.

Khamis, 3 November 2016

Kelas Menjahit Beg Material PU leather


PERHATIAN UNTUK MEREKA YANG BERMINAT UNTUK BELAJAR MENJAHIT BEG


Untuk menambahkan pendapatan
Untuk mencari hobi baru
Untuk berkenalan dengan ramai crafter atau rakan baru
Untuk menambah ilmu dalam bidang jahitan
Untuk kenal siapa owner handmade ct N honey

Anda adalah orang yang sesuai untuk menghadiri kelas membuat beg yang saya sendiri sebagai tenaga pengajarnya. Jangan lepas kan peluang untuk menghasilkan dan memiliki beg seperti di atas hasil jahitan anda sendiri nanti.

Di dalam kelas menjahit beg itu nanti akan di ajar
1) cara menjahit material PU leather
2) kenali material dan aksesori terkini untuk menghasilkan handmade beg yang menarik
3) Alat atau aksesori mesin yang sesuai untuk menjahit PU leather.

Untuk kelas pertama kali saya adakan ini semua peserta nanti akan di beri PERCUMA tapak mesin dan jarum khas untuk menjahit PU leather. 

Saya mengalu-alukan kehadiran anda nanti. Jumpa disana.

Berminat boleh contact no telefon yang tertera di poster. Juga boleh ke page  Sarang Craft by Abby untuk mendaftar.