pandangan dari depan |
pandangan dari belakang |
hari ini siaplah projek pertama ct selepas cuti bersalin.Ct dapat ilham quilt ni dari Quiltville.Lama betul rasanya nak siapkan.Maklumlah dah ada baby ni,mestilah diberi keutamaan dulu,lepas tu barulah boleh pegang m.jahit.Walau apa pun tak lupa juga kepada mereka yang telah menjayakan projek ct ini.Dibawah ini senarai nama mereka yang terlibat.
Anak No2.Chef Ridzuan.Jadi tukang masak,kalau ibunya leka menjahit dan tak sempat masak.Masakan yang paling top sekali ialah "nasi goreng Angah"Telah disahkan oleh juri-juri pro..( oleh adik-adiknya la)
Anak No 3.Suka ZZZZ...Kerjanya buai baby.Masalahnya bukan baby yang tidur,baby yang tidurkan dia.Sebab selalunya dia yang tidur dulu,babynya tak tidur2 gak.
Anak No4.Arif.Suka bekerjasama buat kerja dengan adiknya yang No5.Kerjanya ......menceriakan dan membingitkan suasana ketika ibunya sedang menjahit dengan jerit pekik mereka sebab bergaduh.Ada saja yang direbutkannya.Pening....pening.....kepala.
Anak No 5.Luqman.Suka tukarkan channel TV untuk ibunya,bila ibunya nak tengok TV sebab dah letih menjahit.Cerita yang ditukar "Ultraman atau Ben Ten.Dia ingat ibunya suka layan cerita tu agaknya.
Anak No 6.Penyanyi No 1 dirumah No74.Fakhrul.Selalu menyanyikan ibunya yang sedang menjahit dengan lagu2 terbarunya.(apa lagi menangis la......)
Ini adalah ketua projek.Beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar.Sebab jika ada masalah yang timbul semua ahli-ahlinya akan menurut arahan beliau.Terutama yang suka bergaduh tu...he..he..he.Beliau yang dimaksudkan ialah siapa lagi...Cik Abang tersayang la.En Mohd Dewa...
Akhir kata,diucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek ini dengan jayanya.Sekian.
Sesiapa yang berminat dengan Quilt ini boleh lah menghubungi Ct dialamat E-mail ataupun hantar message di FB dan juga boleh dibeli disini
inila nmnye kluarga harmoni..PEACE....
BalasPadambestnyer.. semua hero2 akak support akak.. :)
BalasPadamcantik quilt tu.. :D
ha..ha..ye lah tu.....masing2 kena buat dengan terpaksa,tak daya nak dengar ibunya bising2 kat telinga mereka.
BalasPadamsalam perkenalan...sya follow akak ye :)..cantikla quilt tu..untung akak anak2 n hubby sgt supportive...
BalasPadamct,
BalasPadamcantik quilt tu. Macam corak dam. Baru hari ni Yati dapat tengok hero-hero ct. Bagus, membantu di kala ibu sedang menjahit.
@Yati
BalasPadammereka tu selalunya menolong sikit aje,buat perangai banyak
kak..hebatnye...dalam sibuk2 sempat jugak buat quilt..kagumnye yana..selalu teringin nak buat tp asik sibuk jek(alasan)
BalasPadam