Rabu, 9 Februari 2011

Resepi Kuih Bingka buah kelapa sawit

Pernah dengar nama kuih ni?....atau pernah rasa?....mmmmm.Ct rasa sesiapa yang duduk kampung atau duduk Felda mesti dah pernah rasa kuih ni,masa kecil-kecil dulukan.Masa dulu tak ramai yang berniaga kuih-muih,kenalah emak yang buatkan kalau tetiba tekak tu teringat nak makan yang pelik-pelik. Masa sekarang bila-bila masa saja boleh beli,macam-macam kuih ada,nak makan waktu pagi,petang,malam (dipasar malam) pun ada.Tak payah susah-susah nak buat lagi.

Sempena cuti Tahun Baru Cina tempoh hari,Ct sekeluarga balik kampung (sebelah hubby) di Pasoh Satu.(kena cari di google map la ye kalau nak tahu kat mana). Kalau nak cepat sampai boleh la ikut Jalan Bukit Tangga,dan kalau rasa-rasa nak singgah dulu Jeram Ulu Bendul ikut Jalan Bukit Putus.Pelik nama jalannyakan.

Oklah kita mulakan dengan resepi Kuih Bingka buah kelapa sawit.



Angah dalam kebun Atuk
1.Cari buah kelapa sawit.Ini kena masuk kebun la ye.Cik Abang Ct dengan anak yang cari kat kebun Ayah mertua.Sampai tersesat..masuk kebun orang lain.Maklumlah dah lama tak masuk kebun..

Buah kelapa sawit
2.Ambil dalam 2kg buah kelapa sawit.(Agak-agak hampir setengah tandan kelapa sawit).Basuh,tapis.


3.Lepas itu buangkan sedikit dipangkal dan bawah buah.Untuk pengetahuan semua dibawah buah kelapa sawit tu ada macam duri(tak tahu apa nak panggil),perlu dibuang untuk tidak menyakitkan tangan didalam proses seterusnya.

Buah yang telah dibuang pangkal dan bawahnya

 4.Masukkan buah kedalam periuk,untuk direbus sehingga empuk.Anggaran airnya,sehingga menutupi buah kelapa sawit.

Hampir empuk.


 5.Setelah buah empuk,tapis dulu air rebusan,dan tunggu sehingga buah sejuk.Kalau sesiapa yang dah banyak ilmu kebal,boleh lah terus ramas buah kelapa sawit tu.Sebelum meramas tu masukkan air sejuk sebanyak 3 cawan.Ketika proses meramas,pastikan sabut buah kelapa sawit dikopek sehingga kebijinya.Ini untuk memastikan mendapat lebih banyak lemak atau minyak buah tersebut.

Sedang mengunakan tenaga untuk meramas semaksima yang mungkin.


 6.Selepas selesai proses meramas,air+minyak+lemak yang terhasil  hendaklah ditapis.Hampas tu buang aje,tak guna lagi dah.

Sudah siap ditapis.


7.Untuk adunannya kita memerlukan setengah cawan gula,1 cawan tepung gandum,1 kotak kecil santan,3 cawan  lemak+air+minyak (hasil yang kita ramas tadi),sedikit garam.Gaul sehingga sebati.


 8.Masukkan lemak+air+minyak sebanyak 3 cawan tadi sedikit-sedikit sambil dikacau.Untuk mengelakkan dari berketul-ketul.


 9.Adunan yang telah siap tadi hendaklah ditapis,untuk mendapat adunan yang elok.

Bekas yang digunakan untuk membakar kuih


 Kita iklan dulu........."Tengok mak,saya pun boleh masak"



 10.Masukkan adunan tadi kedalam bekas.Bakar dengan api yang sederhana,dan bekas pembakar hendaklah dialas dengan tudung periuk supaya kuih tidak hangus.Bakar kira-kira dalam 1 jam setengah-ke2 jam.


 Iklan lagi............"Esok nak masak macam ni lah"




 Bila sudah masak kuih hendaklah disejukkan dulu kerana senang untuk kita memotongnya.Maaf lah gambar kuih yang telah siap dimasak tak sempat diambil.Masing-masing makan dengan berselera sampai habis.Disebabkan Luqman makan dengan kelajuan 60/kmj,sempatlah ambil gambar kuih yang tinggal separuh tu.



P/S-gunakan mana-mana cawan kat rumah tu untuk menyukat(pastikan gunakan cawan yang sama untuk          menyukat semua bahan-bahan)Emak-emak kita kalau buat kuih mana gunakan timbang,pakai campak aje,tapi menjadi pulakan.Mungkin resepi ini hasilnya tak sama antara satu dengan yang lain,sebab skill memasak tak samakan.

Kalau ada sesiapa yang pandai buat kuih ni boleh la share dengan Ct.Ct pun baru belajar,ilmu pun belum habis menuntut kat emak mertua.Manalah tahu ada resepi dan cara yang lain pula nak buat kuih bingka buah kelapa sawit ni.





7 ulasan:

  1. Salam petang,

    terima kasih CT singgah keblog kak nur yg tak seberapa tu...belum pernah mkn kuih ni...rasanya akak ni jakun kot? Hehehe.

    BalasPadam
  2. Entah-entah Ct yang jakun kot,buah kelapa sawit pun nak makankan....ha..ha..,tapi kalau dah rasa memang nak lagi...

    BalasPadam
  3. oh tak pernah tp pernah dengar org ckp buah kelapa sawit sedap..huhu

    bee follow ct yer..terima kasih dtg komen di blog bee..salam perkenalan

    BalasPadam
  4. Ni first time tengok orang masak buah sawit buat bingka.

    BalasPadam
  5. makan bingka belum lagi kak tapi kecik2 dulu selalu kutip kat kebun..rebus makan yang dah rebus tu je
    itu po sodap..hahahah

    BalasPadam
  6. teringat zaman kecik2 dulu..mak ada buat kuih ni...dah berabad tak merasa..

    BalasPadam