Isnin, 14 Mac 2011

Saya pun ada arnab cute

Tahun 2011 ini,Ct dah menjadi nenek kepada 3 orang cucu.Muda-muda dah bergelar nenekkan.Menjadi makcik kepada 24 orang anak saudara.Jadinya kalau dicampurkan 6 orang anak Ct emak Ct ada 30 orang cucu,dan 3 orang cicit.Bila berkumpul semua kadang-kadang terlupa nama masing-masing.Jadi arnab ini Ct hendak berikan kepada
seorang cucu dan 2 orang anak saudara yang lahir pada awal tahun ini.Sebenarnya arnab ini baru siap 2 ekor aje,seekor lagi belum siap.Pattern arnab ini Ct dapat di yoonie-at home


Ini untuk cucu Ct
Nama Muhammad Hafidz Zulfiqqar b Mohd Hudzaifah.
Lahir pada pukul 11 pagi bertarikh 01.01.11
Bestkan nombornya.


Untuk anak saudara
Farah Qistina Aleesya bt Zahid


Nanti pergi sekolah sama-sama ye.....




13 ulasan:

  1. wow.. rajin lah ct buat arnab ni... chaiyook... ramai nya cucu & anak sedara... muda2 dah jadi opah... opah muda... ;)

    BalasPadam
  2. rasa-rasanya boleh bertambah lagi tu kakyong......ha..ha...

    BalasPadam
  3. wahhh comelnyer arnab niiii.. untungnya cucu2 cthoney... dapat nenek kreatif gitu..

    BalasPadam
  4. lepas ni ape lg hasil tgn yg cucunya dpt kan?he.. he..kreatif

    BalasPadam
  5. comey nya nak sebijik huhu rajin sungguh !

    BalasPadam
  6. Wah, comelnya arnab! Masa mula baca, ingat ke arnab betul. :)
    Rajin ct buat.

    BalasPadam
  7. @Mila@Rimbun
    tika neneknya masih nampak benang dan jarum ni boleh lah bagi,dah rabun esok tak dpt lah......

    BalasPadam
  8. @my name is Yana
    tak tahulah giliran cucu yg mana dpt pas ni,keluarga ct ni tiap-tiap tahun mmg ada aje orang baru,keluarga aktiflah katakan.ha...ha..

    BalasPadam
  9. @puanbee
    no hal,tapi kena tambah lagi seoranglah.hee.hee...

    BalasPadam
  10. @Yati
    kalau nak arnab betul kat kg, ayah mertua bela dan jual sekali.makan daging arnab tak?

    BalasPadam
  11. bestkan ada keluarga besar. bila seseakali berkumpul meriah.
    dah jadi nenek pun semakin kreatif. untung jadi cucu ct N honey. ^_^

    BalasPadam
  12. Pernah termakan sekali dulu. Sebab bapak tak bagitau yang Yati makan tu, burger arnab. Rasa sedih sangat waktu tu, tak sampai hati la nak makan arnab, ct. :)

    BalasPadam
  13. @Yati
    mmg ada orang tak sanggup makan,emak ct boleh makan tapi bukan dia yang bersihkan dagingnya,emak mertua ct tak makan kalau arnab yang bela sendiri,tapi ct tak kisah layan aje daging nye......

    BalasPadam