Sabtu, 16 April 2011

Makna 'Fakhrul' dalam Maharaja Lawak minggu ke3

Sekarang  tak dapatlah lagi tengok Maharaja Lawak.Minggu ini dah ditukar rancangannya ke Astro Warna.Nak tengok kena cari di YouTube.Nak jimat kos he..he..
Kalau sesiapa tengok Maharaja Lawak malam tadi terutama si Jozan tu mesti tahu nama Fahkrul yang digunakan oleh mereka. Sebenarnya makna nama Fakhrul itu ialah 'kemegahan'.Sebabnya kenapa pula Ct sibuk-sibuk beritahu makna nama Fakhrul ialah kerana nama baby Ct ialah Muhammad Fakhrullah yang bermaksud Muhammad kemegahan Allah.Ini makna dalam nama Islam ye,kalau lain maksudnya dalam bahasa orang putih,Jerman atau Afrika ke lantak kau lah jang....Kita pun kalau nak cari nama anak mesti dalam makna Islam kan.Sesiapa yang nak cari nama anak atau pun saja-saja nak tahu maksud nama sendiri Jom cari di sini Lepas tu layan pula video Raja Lawak di bawah



ha..ha..ha.kelakar lah Maharaja Lawak ni
Ini lah budak yang nama Fakhrullah tu....
Nota kaki:Yang baby Fakhrul pakai tu namanya barut gantung.Selalunya anak Ct kalau dah habis pantang memang dipakaikan barut gantung sebab barut yang biasa tu(barut batang) dah tak muat.


13 ulasan:

  1. Saya pun suka tgk Maharaja Lawak, tak nak miss punya pasal, terpaksalah melanggan Mustika... Tapi, smlm musical comedy memang best!! Cute baby Fakhrul :)

    BalasPadam
  2. erkkkk!!! asal sejibik cm nme sy ni..hahahhaa...sy Muhammad Fakhrullah jugak..yeahh!! baby itu sme ngn sy :D

    BalasPadam
  3. mmg besh jozan kali ni...
    n comelnyer baby tu :D

    BalasPadam
  4. mommy pun minat ML...comey bby ct..geram mommy tenguk~ slam kenal2 ct

    BalasPadam
  5. @Fakhrul1409
    kalau macam tu bolehlah jadi anak angkat sbb nama sama..he..he..

    BalasPadam
  6. @mommylavender
    budak kecil pun minat ML inikan pula orang dewasa..slm kenalan juga,selamat dtang dan terima kasih kerana sudi hinggap kesini..

    BalasPadam
  7. @puanbee
    macam berkenan aje dgn anak ct...cinta tak mengenal usia Pbee..ha..ha..jangan marah...

    BalasPadam
  8. Jozan memang lawak. Yati tengok sekali je Maharaja Lawak tu. Kurang suka AC.
    Semangatnya Fakhrul. Tengok lengan dia, rasa nak picit-picit. :D

    BalasPadam
  9. bergelak ketawa satu famili tgk ML...heheeeee

    BalasPadam
  10. saya memang dari mula tengok kat youtube je..hihi.

    BalasPadam