Khamis, 26 Mei 2011

Kerana TV anak binasa.

Pelajar yang banyak menonton televisyen pada umumnya kurang bertenaga atau bermotivasi berbanding mereka yang melakukan aktiviti lain pada masa lapang. Meskipun ramai yang menyedari tentang kesan baik televisyen ke atas kanak-kanak, masih terdapat banyak kesan buruknya.



Siapa kata jenama Perodua lagi best? (Klik sini)

1. Perkembangan otak terbantut.
Apa yang dilakukan oleh ibu bapa pada usia awal anak-anak sangat penting. Banyak kajian dan bukti yang menunjukkan bayi berkembang menerusi interaksi dengan orang lain dan menerusi permainan. Jika kanak-kanak kurang mendapat rangsangan daripada persekitarannya, otaknya akan menderita.

2.Menonton tidak memerlukan sebarang usaha.
Apabila kanak-kanak berusia satu tahun bermain dengan mainannya, dia boleh meneroka mainan itu, menguit-nguitnya atau menjatuhkannya. Dia belajar tentang ruang, bunyi dan membentuk kecekapan. Menonton televisyen tidak dapat memberikan pengalaman yang serupa.


3. Kurang memberi tumpuan
Pernahkah anda terfikir mengapa kanak-kanak zaman sekarang mudah terganggu ketika waktu belajar? Ini kerana mereka tidak dapat mengelak rasa bosan dikelas kerana telah biasa melihat aksi yang berubah-ubah bagi setiap empat saat. Matanya akan melilau disekeliling bilik darjah untuk cuba mendapatkan rangsangan. Akibatnya dia tidak boleh memberi tumpuan yang lama.

4. Kesan televisyen.
Satu  daripada implikasinya ialah kanak-kanak dilatih untuk merenung dan bukannya meneliti yang dianggap penting apabila belajar membaca. Apabila menonton televisyen, apa yang perlu dilakukan ialah duduk dan berbaring didepan televisyen. 

5. Keganasan
Keganasan televisyen begitu meluas dan memberi kesan yang amat negatif kepada kanak-kanak, walaupun menonton berita. Kanak-kanak boleh mengalami truma yang hebat jika mangsa keganasan tersebut adalah kanak-kanak. Contohnya melihat penderitaan kanak-kanak di Palestin. Jika anak anda tidak terjejas, dia mungkin sudah lali untuk memiliki perasaan simpati di atas penderitaan. Ini mungkin berlaku kerana dia sudah berulang kali menyaksikan keganasan.


6. Iklan
Ingatlah bahawa sebilangan pengiklan akan terus menyogokkan kanak-kanak dengan iklan dan ibu bapa akan kering kocek untuk memenuhi permintaan anak. Contohnya iklan makanan segera yang memberikan mainan terbaru jika membeli hidangan untuk set kanak-kanak.

Ct buat info ini kerana, risau melihat anak-anak terutamanya Luqman. Dia terlalu suka sangat melihat kartun, terutama cerita kartun aksi. Sudahlah suka menumbuk-numbuk abang dan adik, kadang-kadang keluar bahasa kasarnya...Diharapkan dengan info ini dapatlah menolong ibu dan bapa yang mengalami masalah yang sama dengan Ct.

3 ulasan:

  1. tv memang berpengaruh..mudah betul anak terpengaruh..adik-adik pulak tonton tv nasib tak terbakar je tv tu ..

    salam kenal ye..yaya dr blog cute mum..follow sini..jom ke blog ibu wafiq..

    BalasPadam
  2. betul tu! bagi je anak2 tgk cite yg menguji minda..

    BalasPadam
  3. salam..sy kurang setuju..mmg ada kartun tv yg x brape elok ditonton...tp dengan menonton tv, kanak-kanak juga dapat mengaktifkan minda mereka dengan warna dan rancangan tv yg bersesuaian..try BABYTV dan TVIQ, pasti banyak manafaatnya.. (",)

    BalasPadam