Jumaat, 24 Jun 2011

Apakah maksud Nikah Tahlil?


Mulanya Ct pun tak tahu apa maksudnya Nikah Tahlil. Kenduri Tahlil tahulah. Nampak sangat Ct ni kurang membacakan. Sebenarnya mereka selalu mengunakan istilah lain untuk Nikah Tahlil ni..itu yang setengah dari kita tidak tahu maksudnya.



Apa yang dimaksudkan dengan Nikah Tahlil?
Apabila seorang suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, dia dilarang menikahi kembali bekas isterinya itu sehinggalah isteri itu menikahi lelaki yang lain, dan merasakan kemanisan hidup bersama namun akhirnya bercerai atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah diceraikan, barulah isteri itu boleh bernikah semula dengan suami lamanya. Allah berfirman: Sesudah itu, jika diceraikan pula ( bagi kali yang ketiga-talak tiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan ( Oleh suami baru itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua ( Suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali ( Kahwin semula) jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang ( mahu) mengetahui dan memahaminya (al-Baqarah 2:230)


Didalam kes penceraian, ada di antara suami yang menyesali tindakan mereka menceraikan isteri mereka lalu merencana untuk menikahinya kembali. Sebagai contoh, Nawawi menceraikan isterinya Ainul namun menyesal dan ingin mendapatkannya kembali. Lalu Nawawi bersepakat dengan seorang rakannya Sidek untuk menikahi Ainul selama sebulan dan kemudian menceraikannya. Setelah penceraian selesai, Nawawi kembali menikahi Ainul. Helah inilah yang disebut sebagi hikah tahlil.

Nikah tahlil hukumnya haram. Rasulullah melaknat mereka ini.

Jangan jadi macam berita janda-muda-parah-ditikam-duda kerana gila talak. Walau pun talak itu ditangan suami, tidak bermakna boleh dilafazkan sesuka hati.

13 ulasan:

  1. istilahnya nikah tahlil rupanya. baru tahu... terima kasih kongsi ilmu.

    BalasPadam
  2. ooo camtu rupanya...ingatkan pengantin tu meninggal pastu wat tahlil... :)

    BalasPadam
  3. camtu rupanya.baru sy paham.thanks for the sharing.

    BalasPadam
  4. baru tahu istilah ni... selalu org panggil cina buta kan~

    BalasPadam
  5. istilah ni..baru tau...tq 4 shring..klu x baca org tnya pun x tau nak jwap ape..

    BalasPadam
  6. @Izan Ishak
    yg kita selalu sebut tu je kan,rupanya ada nama sebenarnya

    BalasPadam
  7. ouh ni first time dengar... haram rupanya... thanks for sharing

    BalasPadam
  8. ooo nikah tahlil @ cina bute... thanks ct for the info...

    BalasPadam