Khamis, 16 Jun 2011

Gempa bumi melanda wilayah New Guinea Timur pula

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 18 April - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah New Guinea Timur, 316 kilometer di utara Port Moresby, Papua New Guinea pada pukul 7.15 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, gempa bumi pada kedudukan 6.7 selatan dan 147.3 timur itu adalah kira-kira 3,457 kilometer di tenggara Kunak, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. www.utusan.com.my

3 ulasan:

  1. Bersyukur tinggal di Malaysia yang bebas dari gempa...

    Anda telah ditag untuk GA anjuran Cerita Farez. Untuk lihat klik di sini

    BalasPadam
  2. @Nazzue
    gempa bumi yg besar2 tu tak de la..tapi terasa goyang2 tu ada juga kena..

    BalasPadam
  3. Asalkan dpt rasa gegaran kecil dua kali di kl aritu pun kecut perut... kat opis tkt 12 lak tu huhu..inikan pula gempa betul2...syukur dok msia...

    BalasPadam