Selasa, 28 Jun 2011

Pelajar Malaysia menang peraduan 'Iridescent Artwork' iaitu mencipta logo untuk filem Transformer.


Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan 'Iridescent Artwork' iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - 'Transformer'.



Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

Churp2Race-iPad 2, a Canon EOS 550D, a HTC Desire milik anda

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang ini."Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.


Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang lagu latar filem 'Transformers: Dark Of The Moon' yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.www.bernama.com

8 ulasan: