Jumaat, 8 Julai 2011

ADUN PKR Mohon Maaf Daripada Wardina Safiyyah



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad memohon maaf daripada pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, kerana kontroversi yang dilemparkan terhadap selebriti itu selepas menghadiri Karnival Mesra Rakyat di Desa Mentari bagi menyampaikan motivasi keibubapaan pada 26 Jun lalu.Karnival itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan-Persatuan Penduduk Desa Mentari.

“Saya ingin meminta maaf kepada Wardina memandangkan kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat ini telah menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Nik Nazmi turut meminta semua penulis bloq agar menghentikan tindakan menyerang Wardina selain menghormati keputusan mana-mana artis yang hadir dalam apa juga program kemasyarakatan tanpa memikirkan siapakah penganjurnya.

“Saya mengeluarkan kenyataan ini kerana mahu mempertahankan Wardina demi kepentingan masyarakat tanpa niat lain,” katanya.Surat untuk media oleh nikazmi


Sementara itu Wardina yang sebelum ini tidak mendedahkan siapakah individu yang menjemputnya untuk ke majlis itu mengakui sememangnya mendapat jemputan peribadi daripada Nik Nazmi.

“Saya akan terus bagi ceramah yang ada kaitan dengan masyarakat tetapi saya akan tolak jika ia adalah ceramah politik. Selain itu saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini,” ujarnya.melayukini

2 ulasan: