Lihat di ohbulan untuk gambar yang lagi menarik
Berikut ialah kenyataan dari Suhaila semasa majlis cukur jambul anaknya semalam:-
Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman. Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun. Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia. Padanya, dia lebih sukakan suasana ‘privacy’ yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh
Malah bapa mertua Jimmy juga kecewa dengan kenyataan Jimmy Shanley berkaitan majlis cukur jambul cucunya:-
Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak. Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai. Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya.
Ibu mertua Jimmy, Datin Muniroh juga turut kecewa dengan Jimmy Shanley:-
Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’. Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.
Dan nampaknya Datin Muniroh kini menyokong penuh anaknya Suhaila selepas pendedahan mengenai kisah sebenar yang terjadi:-
Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia. Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula.beautifulnara
Banyak sungguh cerita panas pasangan Suhaila dan Jimmy ni. Harap ada menyelesaikan terbaik buat mereka, kesian anak yang masih kecil tu.
apo nak buek..nasi sudah menjadi bubur
BalasPadamsebenarnya diorang ni masing2 ego .. tu je tak nk bertolak ansur
BalasPadamalala... ngat kn suda slesai mslh mereka ini.. apa2 pon, bby ny kiut skali! :D
BalasPadamx tahu nk salahkan siapa...sabar jee laa...jodoh pertemuan tuhan tentukan
BalasPadamKalau dah tak bersefahaman, baik berpisah dengan baik. Itu lebih elok dari saling memburuk² sesama sendiri. =)
BalasPadamwww.anastasyea.com
mmg panas kisah mereka..
BalasPadamberpisah yang terbaik utk mereka
saya nak share kat blog..credit so ct n honey!
BalasPadamhttp://norfanil.com
Dulu baca majalah, jimmy ni hidup sbtg kara.Parents dah meninggal.Kesian pula dia ....walau saya dah berkahwin dan bila mak saya meninggal memang rasa hilang tempat bergantung .sebab tu kesian dgn dia dah la mak ayah tak ada ,ada bini ,bini cabut lari pula...
BalasPadamkdg2 kisah dlm umah org berumahtangga nie kite tak tau apa yg terjadi sebenarnya. ego pun iye juga. perangai dan cara idup serta keserasian pun iye juga faktor apa yg terjadi pada mereka..
BalasPadamseego2 jimmy dia nak isteri dia taat dgn dia..x tau ke jimmy kata isteri dia mmg kuat bersosial..mana dia nak hidup sederhana mcm jimmy..isteri dia tu suka sosial dgn kwn2 yg kaya2 yg berada..mcm sosial mak datin mcm tu la,suruh hidup sederhana mcm org lain x nak dia...org kaya kan dah biasa hidup mewah,semua nak senang je
BalasPadam