Khamis, 21 Julai 2011

Anak Angelina Jolie suka makan cengkerik goreng


Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga cara pemakanan mereka.

Pasangan selebriti itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi.



Ketika berada di Kemboja, Jolie memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain. 


“Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7, sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah kerepek kentang Doritos,” kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini.

Bintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anaknya mencuba makanan tempatan negara berkenaan, tetapi beliau terpaksa menghalang mereka daripada terus ketagih untuk menikmati makanan ringan itu. 


“Mereka tidak henti-henti mengunyahnya dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa pulang. Saya terpaksa melarang mereka makan makanan ringan itu kerana bimbang mereka jatuh sakit kerana memakannya terlalu banyak. Tetapi mereka kelihatan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan akibat memakan serangga berkenaan,” katanya.
Walaupun cengkerik menjadi makanan kegemaran dalam menu keluarga Jolie dan Pit, pasangan pelakon popular itu berkata mereka sekeluarga masih belum berani untuk mencuba hidangan eksotik lain di Kemboja seperti labah-labah goreng atau sup serangga.

“Ia makanan pelik. Saya tidak tahu jika saya boleh menjamah serangga itu, tetapi saya percaya kita perlu mencuba makanan itu terlebih dulu sebelum mengetahui sama ada kita akan menyukainya,” kata Jolie.

Cengkerik bukanlah perkara baru dalam diet pasangan Jolie-Pitt. Menurut buku What the Great Ate: A Curious History of Food and Fame, lipas antara makanan kegemaran pasangan terkenal Hollywood itu. 


24 ulasan:

  1. geli lah tk sanggup lak nk makan serangga tu

    BalasPadam
  2. cengkerik sedap je.. tp lipas??? erk!! yewww~!! bahaya kot!

    jemput singgah ANASAURUS :)

    BalasPadam
  3. ouchhh! ta sangguplaaa.. eiii.. disgusting..!

    BalasPadam
  4. @puanbee setahu ct ikan je yg mkn cengkerik ni

    BalasPadam
  5. @izyan yasmin kita mmg tak sedap,tapi dia orang rasa tersgtlah sedapnya

    BalasPadam
  6. Selagi ada makanan lain dalam dunia ni tak la lagi sanggup nak makan benda-benda ni ...

    BalasPadam
  7. eeeeee mak bapak hot. xkan bg kot makan cengkerik..

    thanks yeps ct singgah blog :)

    BalasPadam
  8. dah xde makanan lain ke yg dia suka???adeh

    BalasPadam
  9. http://kitamengonsi.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. eeee..uuuwwwwww... tolong la.. makanan lain berlambak lagi kot.

    BalasPadam
  11. rela lapar dari makan serangga macam tuh...tak paham betul la..

    BalasPadam
  12. geli aku,habes anak angakat dia yg muslim pon makan sekali lah,ya allah,haram lah makan serangga2 tu!

    BalasPadam
  13. macam sedap :D nak try. nak try. hahahahha.

    BalasPadam
  14. nyum2 .. sedapnya .. sweet laa diorg ni ..

    BalasPadam
  15. @Suzie kita mmg dah tahu serangga tu kotor,cm ne nak mknnya

    BalasPadam
  16. @Shah URL mereka dah muak mkn yg sedap2 sbb tu nak cuba lak yg ni

    BalasPadam
  17. @Umie Artoqiemie klu nak teray kena gi sana lah,kat pasar mlm sini x jual tu semua

    BalasPadam