Ahad, 17 Julai 2011
Bagaimana menunjuk anda meminatinya.
Bersetuju atau tidak, wanita patut menunjukkan minatnya kepada lelaki. Kalau dah jawab baca lagi.
Buat apa si lelaki hendak mendampingi anda sekiranya anda berlagak seolah-olah anda tidak meminatinya. Apabila anda berpura-pura tidak tertarik dengan lelaki yang sebenarnya amat anda minati, anda sebenarnya menempah kekecewaan. Apabila dia tidak lagi mendekati anda, anda akan membuat kesimpulan "Dia sememangnya tidak tertarik dengan saya". SILAP. Anda yang tidak memberi apa-apa tanda.
Mereka juga memerlukan rangsangan positif seperti anda juga. Mereka tidak mahu dihampakan. Lelaki idaman anda mungkin tidak menghampiri anda kecuali jika ada reaksi positif seperti senyuman, komen, memberi perhatian dll. Setengah lelaki yang perwatakan baik hanya menunggu wanita sesuai memberi mereka sedikit galakan.
Anda bolehlah memberi beberapa isyarat yang sesuai bahawa anda ingin mengenali dirinya lebih dekat. Kemudian, setelah beberapa kali mencuba dan tiada tindak balas, maka lupakanlah si dia.
Bagaimana jika anda mempelawa si dia keluar bersama anda?
1. Jika si dia itu berasa sesuai dengan anda, dia akan berasa bangga, seronok dan mungkin mengaku dia juga ingin mengajak anda keluar.
2. Jika si dia itu berasa tidak sesuai dengan anda, dia akan memberitahu bahawa dia tidak berminat terhadap anda. Dengan itu anda tidak perlulah terkenang-kenang dirinya lagi. Teruskanlah hidup anda tanpa si dia.
Jadi, sekiranya anda bertemu dengan lelaki yang anda suka, turutilah naluri hati kecil anda. Berikan senyuman, pujian, katakan anda gembira bertemu dengannya. Kemudian, tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Mungkin itu lah jodoh anda nanti.
P/S: Jangan tunjukan isyarat atau reaksi yang keterlaluan pula, INGAT, anda masih ada maruah diri yang perlu di jaga. Ladies, how much do you really know about your V-Zone?
selamat petang....
BalasPadamayu singgah sini baca entry yang menarik nie..
bila dah lama berumahtangga.. mmg perasan hal2 yang berkaitan lelaki,maklumlah dh lama bersamanya
dan terima kasih dgn tips diatas..
rasanya kaum wanita yang solo pasti bersetuju...
heheheh
huhu. Like2. Hee. :)
BalasPadammungkin..kdang lelaki ni bute jgak.. kna bg respon bru dorg nampak he.he..
BalasPadamBody language...chemistry and lastly tolerate... :)
BalasPadamnice info...
http://mat-jungle.blogspot.com/
Setuju juga sebab kadang-kadang perempuan pun kena juga bertindak ...tapi jgn la sampai over pula kan...
BalasPadam@Citarasa Rinduan sesekali buat entry budak2 remaja pula..
BalasPadam@sobri yaacob lelaki pemalu lah tu
BalasPadam@Suzie
BalasPadamberpada-padalah,jgn nampak sangat kita ni suka sgt kat dia
agree!! jgn jual mahal sgt.. kdang2 laki2 x suke menunggu terlalu lame...
BalasPadamlatest entry Bila menderma biar ikhlas... & Urban-or-Disaster
suka post ni :)
BalasPadam@izyan yasmin tq.dtglah selalu ke blog ni ye..
BalasPadam@kaizen klu dah suka sgt,seribu tahun ku tunggu juga
BalasPadamcinta tu pelik...
BalasPadam