Selasa, 12 Julai 2011

Langkah Bendul dalam masyarakat Melayu, India dan Cina


Langkah bendul ialah satu istilah yang biasa digunakan dalam mesyarakat Melayu untuk mengatakan adik mendahului abang atau kakak untuk berumahtangga. Bakal adik ipar dikehendaki memberi sepersalinan lengkap untuk diberi kepada bakal kakak ipar. Apa jua bentuk pemberian ini sebenarnya bergantung kepada individu dan kemampuan.
Dapatkan informasi terkini mengenai Toyota-roadshow



Bagi masyarakat India pula, ia lebih fleksibel dimana tiada sebarang upacara khas diadakan. Bagi mereka jika seseorang itu sudah bersedia untuk berkahwin, mereka dibenarkan untuk berkahwin. Namun pada zaman dahulu, jika kakak masih belum berkahwin, adik juga tidak boleh berkahwin. Kini mereka lebih moden, selalunya bakal pengantin akan membeli hadiah untuk semua ahli keluarga seperti sepasang sari untuk dipakai dimajlis perkahwinan tersebut.
Dapatkan informasi terkini mengenai Hotlink-dataroaming


Manakala masyarakat cina pula, langkah bendul tetap diamalkan dengan cara dan syarat tertentu. Mereka lebih kepada abang dan bukannya kakak. Syarat utama mereka ialah dengan berjalan di bawah seluar abang yang digantung di pintu utama iaitu tempat di mana pasangan pengantin akan melaluinya untuk masuk kerumah. Ketika upacara minum teh abang atau kakak yang belum berkahwin ini dilarang untuk mengikuti acara adat minum teh tersebut. Selepas itu acara memberi angpow kepada mereka yang belum berkahwin dan kanak-kanak di jalankan. Bagi abang yang belum berkahwin angpow harus diberi selepas majlis perkahwinan berlangsung.
Dapatkan informasi terkini mengenai Proton-Exora5


P/S:Gambar sekadar hiasan


13 ulasan:

  1. semua bangsa pun ada istilah langakh bendul ye .. baru tahu

    BalasPadam
  2. Adik-adik aku dah beberapa orang langkah bendul, tiada masalah, tiada apa-apa syarat dikenakan, tidak perlu beri apa-apa. Asalkan kerja baik tu dapat dijalankan dengan lancar dan secepat mungkin tanpa sebarang masalah. :)

    BalasPadam
  3. @Gen Fujita
    selagi adat itu tidak menyusahkan kita tak pe lah dibuat...nak tanya gen fujita ni dah kwin blm? adik2 dah kawin dah...

    BalasPadam
  4. takde masalah lah kalau langkah bendul..

    BalasPadam
  5. setiap bangsa lain2 adatnye ea..

    BalasPadam
  6. wah..great to know bout chinese & indian culture on Langkah Bendul nih. Btw...kalo Ct ada info utk masyarakat pribumi di east msia, lebih menarik kan? mungkin mereka ada budaya tersendiri bg kes langkah bendul nih...ekekeke.

    btw, in my view..."sapa dh smpai seru, jalan dlu hokey"... perkara yg baek, eloklah dipercepatkan. Ia dpt mengelakkan berlakunya maksiat (i believe agama lain pon TAK benarkan maksiat). Sabda Rasulullah, "Jika yang datang meminang kepada kamu orang yang kamu percaya tentang agamanya dan amanatnya, maka sebaik-baiknya kamu menikahkannya saja. Jika tidak, dikawatirkan akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kecelakaan yang besar.".

    So, x timbol isu langkah bendul dlm Islam. Ia cuma budaya masyarakat utk menghormati golongan yg lebih tua.

    I jugak percaya, bangsa lain juga berpegang kpd budaya hormat-menghormati golongan yg lebih tua i.e. abang/kakak. Sepatutnya, abang/kakak ini tumpang gembira dgn perkahwinan si adik & beri hadiah yg best2...bukan sebaliknya. Tapi nk wat mcmne...amalan turun-temurun kan? hikhikhik :D

    BalasPadam
  7. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    ct pun tak sangka ada juga dlm masyarakat cina dan india

    BalasPadam
  8. @yanchor
    wah pjngnya komen ni,bagus2....setakat ini itu aje info yg ct dpt.kita ddk dlm berbilang kaum ni,tidak mustahil ada berbagai2 adat dan budayanya,cuma kita aje yg belum tahu...adat ini pun ct rasa lebih kepada mengembirakan abang/kakak,maklumlah jodohnya belum sampai adik sudah,

    BalasPadam