Isnin, 4 Julai 2011

Siapa Auni dalam drama Stanza Cinta


Sebut Chomell Fana ramai yang belum mengenalinya.Chomel Fana berlakon dalam drama Cita dan Cinta yang sedang disiarkan di TV9 dan juga berlakon dalam drama bersiri Stanza Cinta memegang watak sebagai Auni kawan satu bilik dengan Amni (Nur Fathia).


“Sebelum berlakon saya lakukan banyak kerja di belakang tabir macam jurusolek, pakaian, konti dan pembantu pengurus produksi. Lepas habis sekolah, saya ikut kakak buat kerja solekan. Bermula dari situ saya mengenali abang Aziz dan disebabkan perwatakan saya yang pelik, abang Aziz suruh saya berlakon dalam drama Comel,” katanya. Chomell juga turut terbabit dalam bidang nyanyian di bawah KRU. Single pertamanya berjudul, BFF Ku dalam proses rakaman

Selepas terbabit lebih 20 drama seperti  drama Bong, Putri, Kaisarah, Hotel Mania dan filem Cinta Kura-kura, Chomell atau nama sebenarnya, Noorhanis Farhana Shaharuddin memang mahu namanya lebih dikenali dalam bidang lakonan. Dalam filem Azura 2 beliau menjadi pelakon tambahan yang diarahkan oleh Aziz M Osman.
Siapa sangka gadis kecil molek berusia 25 tahun ini dulunya seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor. Walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomell di luar jangkaan, malah pernah bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air.

Jom tengok gambar Chomell dari seorang yang berwatakan 'Tomboy' sehinggalah gambar yang menyerlahkan keayuannya. Berbeza sungguh..




19 ulasan:

  1. memula tengok memang xcam sapa auni sebenarnya
    tapi memang dia beranilah.siap ptong rambut pendek.kalau saya..mau meraung rambut yang panjang dikorbankan menjadi pendek

    BalasPadam
  2. Memang comelll :) Walau berpewatakan lelaki, tapi kecomelan tetap terserlah :)

    BalasPadam
  3. haha...sy kneal comel ni dr drama comel lah ... ;) skrg tgh dok ulang balik kan ... ;)

    BalasPadam
  4. @Edura Hanum
    tapi cara dia jln pun mcm lelaki kan dlm stanza cinta

    BalasPadam
  5. @Myra Jay
    bila dah berbaju kurung mmg terserlah keayuannya

    BalasPadam
  6. uhh x cam la..kena tengok drma stanza cinta nih..hehe

    BalasPadam
  7. wah rajin ct buat research...
    ni sumber ct sendiri ke @ ade amik dr mana2.. ??

    kakyong link kan yer.. sbb byk keyword pasal si chomell fana nih..

    BalasPadam
  8. @syaz@rozelt
    oh..tak tgk ye..kena tgk minggu depan la..

    BalasPadam
  9. @kakyong
    mmg susah nak cari cerita pasal chomell ni, ct jumpa sikit2 pas tu ct gabungkan ceritanya..gambar2 tu ct ambil dari fb chomell fana, ada lagi satu fb dia tak silap ct nama penuhnye...

    BalasPadam
  10. chomell ni antara pelakon pelapis berpotensi. Kalau yang lelaki lagi sorang Yati rasa bagus lakonannya, Beto Khusyairi. :)

    BalasPadam
  11. kan ayu pakai baju kurung. heee~

    BalasPadam
  12. @Yati
    ct tgk lakonan chomell pun boleh tahan,ct pun minat gak dgn beto tu..

    BalasPadam
  13. @.m y z.
    dia jadi tomboy tu ikut skrip kot..tapi mmg cantik dia pakai baju kurung...

    BalasPadam
  14. ct saya pun curi idea sikit .. nanti saya bg backlink ye

    BalasPadam
  15. muka tomboi tu muka mcm tak bersalah kan hehe

    BalasPadam