Mengambil masa dua setengah tahun, akhirnya Wee Meng Chee, yang lebih dikenali sebagai Namewee, tampil dengan filem arahan pertamanya. Diberi judul 'Nasi Lemak 2.0', ia sebuah filem "komedi sosial yang menyelitkan banyak muzik" yang bertujuan untuk memupuk keharmonian antara kaum, sejajar dengan konsep 1 Malaysia.
Ketika sidang media 'Nasi Lemak 2.0' semalam, Namewee, yang turut berfungsi sebagai penulis skrip, penyunting dan pelakon filem, memberitahu sejak akhir-akhir ini banyak perkara negatif yang berlaku di dalam negara dan diharapkan filem ini boleh dilihat sebagai satu pesanan positif untuk bersatu.
Sambung penerbit eksekutif filem, Fred Chong, bila dipersembahkan filem itu pada Mac lalu kepada Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dikatakan mengumumkannya sebagai sebuah filem 1 Malaysia.
Tajuk '2.0' bukan rekaan kami, sebaliknya ia merujuk kepada 'Web 2.0' yang memang diketahui pengguna Internet. Ia merujuk kepada generasi baru komuniti atas talian. Dimana 'Web 1.0' tidak memberi ruang untuk pengguna berinteraksi, 'Web 2.0' menekankan jaringan sosial di antara pengguna.
"Dan kami mengadaptasikannya untuk bermaksud generasi baru Malaysia sementara 'nasi lemak', makanan lazim rakyat Malaysia, merujuk kepada sesuatu yang lama," jelas Fred.
Sinopsis filem 'Nasi Lemak 2.0'.
Chef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai 'Hero Huang' dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu dengan ramai 'hero tempatan' yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam 'nasi lemak'.
Barisan pelakon yang antaranya, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Reshmonu, Dato' David Arumugam, Pete Teo, Ho Yuhang, Felixia Yeap, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Dian Sharlin, Kenny & Chee dll. Akan menemui penonton pada 8 September 2011
Ada ke yang berminat nak tengok ni? Macam tak best aje...Kalau Ct, tak teringin nak tengok filemnya, bila di ingat balik apa yang telah dia lakukan selama ini asyik mengutuk dan memburukkan Malaysia aje.
Barisan pelakon yang antaranya, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Reshmonu, Dato' David Arumugam, Pete Teo, Ho Yuhang, Felixia Yeap, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Dian Sharlin, Kenny & Chee dll. Akan menemui penonton pada 8 September 2011
seksinya |
wanita penuh misteri |
terima kasih...... |
alamak....Fathia berkemban |
Dah tahu pasal Proton Saga FLX? Dapatkan info terkini mengenai Proton Saga FLX
harap menarik tetarik filem ni
BalasPadamtu lah ..bile nama dah 'tercemar' tu rase mcm susah sikit nk terima..
BalasPadamTgk senarai pelakon gempak..jgn indah khabar dri ruper je dh ler..huhu
BalasPadamalamak.nur fathia,kne tgok nih
BalasPadamentah
BalasPadamden dah tak suka namewee tu
filem dia?
xpasti lagi
Kemungkinan besar aku akan pi tengok kalau ada masa lapang.
BalasPadamhmmmm...tereee gak dia wat filem yer
BalasPadammcm tak sesuai dia buat filem satu malaysia tp siapalah kita nk mengadili dia , tk mo tengok kot hehe..artis seksi2 kemban2 mcm tu
BalasPadamSaya juga sependapat dengan Cik Ummi Hanie "tu lah ..bile nama dah 'tercemar' tu rase mcm susah sikit nk terima.."
BalasPadamTetapi, terus terang saya nak beritahu. Filem ini memang boleh ditonton dan dinikmati.
Saya seorang yang secara tidak langsung terlibat dengan filem ini secara "langsung"... dan dah berulang kali menontonnya.
Pada pendapat saya, menhayati sesebuah filem kita harus menumpukan perhatian pada intinya.
Saya sebenarnya juga tidak begitu minat dengan Namewee, tetapi sebagai seorang karyawan saya menilai hasilnya sebagaimana saya menilai karya-karya penggiat filem yang lain.
Saya mendapati filem Nasi Lemak 2.0 ada unsur-unsur yang dapat saya hargai dan bangga ada anak Malaysia yang memang berbakat ini sudah mulai sedar akan cara yang betul untuk menyalurkan pendapatnya.
nampaknya kontroversi akan jadi pelaris filem ini, tambahan pula diangkat sebagai filem 1 malaysia
BalasPadamminta share ye.. saya kredit ke awak..
BalasPadammanusia takkan lari daripada membuat kesilapan. bagi saya, seharusnya kita bagi peluang untuk namewee tunjukkan bakat dia. memang saya akui, saya sendiri tak suka dengan namewee pasal kes dia dulu, tapi manusia boleh berubah. tonton dulu cerita nie, lepas tu nilailah gunakan hati. jangan asyik ikut perasaan je.
BalasPadamhuhu tak tau pun kontroversi namewee nie.skang buat filem kontroversi lg..siap kemban2..huhu
BalasPadamnk tny sket boleh?? sape bg dia nih kelulusan buat filem?? sumpah sengal dulu bkn main lg kutuk2 negara bagai ni siap boleh bg buat filem.. hancur.. hancur....
BalasPadamentry for today Spontaneous Thursday : Niat & Urban-or-Disaster
@merahitujambu
BalasPadamharap cam tu lah hendaknya
@Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
BalasPadammmg pun, kita mula2 kenal dia sbb isu negatif,jadi susah nak dilupakan
@UpProfits
BalasPadamkita tgk aje apa perkembangannya dari masa ke semasa,susah nak komen byk sekarang ni
@Hans
BalasPadamklu dah tak suka.mmg cam tu
@Gen Fujita
BalasPadamklu dah tgk nanti tolonglah review
@juanita
BalasPadamsebenarnya dia pelajar dlm bidang tu
@puanbee
BalasPadamitu yg buat penariknya tu
@ticktech
BalasPadambaguslah kalau dia dah sedar, harap dgn filem ini masyarakat akan boleh menerima dan melupakan perbuatannya dulu.
cam ne nih,i suke gile dgn afli shauki. TAPI x suke namwee!
BalasPadamasal namawee??bukan mawi??hehe
BalasPadamKene ingat mangkuk nie pernah hina azan.. korang pk la sendiri sebagai seorang Islam. Dia tak pernah pun memohon maaf kepada orang Islam secara terbuka.
BalasPadamOn August 14, 2007 (and later, on August 16 on his blog), Wee issued a public apology to the government and Malaysians who found it offensive.[13][14][15] While the Malaysian Chinese Association accepted Wee's apology[14] with Zainuddin Maidin, Malaysia's Minister of Information, urging Malaysians to do the same,[16] the cabinet rejected Wee's apology; Mohamed Nazri Abdul Aziz added that "the law will take its course." [17] Other actions voiced by the government include bringing Wee to court, probably under the Sedition Act, as he had insulted the symbol of the nation,[18][19] and further action against YouTube.[18]
BalasPadamOn August 21, 2007 the Home Minister issued a gag order on all mainstream media to cease reporting on Wee.[20][21] No major presses or television channels in Malaysia has covered Wee or Negarakuku since then.
cerita ni best la, saya baru tengok semalam, gelak guling2x
BalasPadamgud local muvie..idea yg mnarik..
BalasPadamSaya puji filem Nasi Lemak 2.0.. Kita tak berhak nak boikot filem dia tanpa kita menilai isi dia.. (Ada yang buat entri suruh boikot filem ini).. Saya ada buat ulasan tentang filem ini dan ramai yang cam tak puas hati.. Lepas tu sy keluarkan lagi entri nak bagitau kenapa saya tonton cerita tu.. Ermmmmmmmmmm..
BalasPadamEntry Terbaru 1 : Trends #gantitajukfilemdengantelur Adalah Lebih Baik Daripada #gantitajukfilemdenganrosmah
Entry Terbaru 2 : Salahkah Menonton Filem Nasi Lemak 2.0
Mr.R pun geram dengan Namewee kerana perkara yang dia pernah lakukan. Tetapi dia dah minta maaf. So, Mr.R dah tonton Filem ini. Mr.R beri 4.2 bintang. Lawaknya bukan lawak bodoh. Jalan cerita, tidak merapu.
BalasPadamkasi boikot reramai....
BalasPadamfilem ni best....
BalasPadam: NASI LEMAK 2.0, apa kata MELAYU?
Nasib baik x tengok....hehehhe
BalasPadam