Selasa, 5 Julai 2011

Tahniah! Anda bercerai

Upacara meraikan penceraian ini dibuat bagi menandakan permulaan perubahan status pasangan kepada kehidupan solo, menelan belanja 55,000 yen (RM2,072), termasuk hidangan bufet dan upacara menghancurkan cincin perkahwinan menggunakan tukul kecil.

Tomoharu Saito meraikan upacara itu di Tokyo bersama isteri, Miki beberapa hari sebelum mereka dijadual bercerai berkata, upacara memecahkan cincin membuat dia lega.

Upacara itu juga termasuk pembelian ‘pakaian cerai’. Bagi upacara itu, Miki memilih sehelai gaun musim panas berwarna kuning bunga daisy untuk upacara itu. Di Jepun, warna ‘daisy’ dipercayai melambangkan ‘hubungan baik atau platonik’.
 
Rakan pasangan itu, Hiroko Tada hadir pada upacara perkahwinan dan perceraian pasangan Saito.
“Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana bercerai secara baik. Saya tidak pernah membayangkan ia akan berakhir begini kerana saya juga hadir ketika perkahwinan mereka dulu,” katanya.

Upacara meraikan perceraian semakin meningkat di Jepun selepas gempa bumi kuat dan tsunami melanda negara itu Mac lalu, disusuli krisis nuklear yang dikatakan menjadi penyebab pasangan tidak gembira mula menilai semula kehidupan mereka.bharian


Apa komen kawan-kawan semua? Mungkin di Jepun terlalu banyak cerita sedih selepas bencana tsunami, jadi berita sedih bagi kita seperti penceraian ini di raikan pula untuk menghilangkan kesedihan tersebut.



15 ulasan:

  1. mm ntah ler.. maybe budaya mereka... jgn pasanganislam di negara ni pun menjadi seperti nie dah la.. Na'uzubillah...

    BalasPadam
  2. huk! bercerai pn meraikan ke? adeii.. takut dgr wording bercerai tuu

    BalasPadam
  3. OOO kalau malaysia buat memang gempak r..

    BalasPadam
  4. sayang cincin tu kalau jual kan dapat duit haha

    ct step 4 : terus ke sini

    http://www.alexa.com/toolbar?utm_source=top-nav&utm_medium=www&utm_campaign=toolbar

    klik kat install toolbar dan , pastikan pakai google chrome lah ye

    BalasPadam
  5. bercerai pun mau celebrate? lol..

    BalasPadam
  6. ntahlah jepun ni..kdg2 sebab mereka ni suka buat benda pelik2 juga sebab tu kadang2 bala pn dtg..buat patung sebiji cam manusia utk lelaki kesunyian la...mcm2...

    BalasPadam
  7. uish.. fonemena yang amat membimbangkan...

    BalasPadam
  8. mcm2 le budaya org nie... nak galakkan cerai berai ke... cincin tu syg nya kena hapuskan camtu... jual je la buat belanja dapur hehe

    BalasPadam
  9. @SueZ
    mmg pun,siap potong lembu pula nanti, haru....

    BalasPadam
  10. @puanbee
    ha..ha..betul tu

    ct dah buat step 4 tu,lagipun ct mmg pakai google chrome..tq pbee

    BalasPadam
  11. @Maya Mayana
    opp..ye ke..dia orang ni dah terlampau moden,jadi suka buat benda2 yg orang x buat lagi

    BalasPadam