Filem mengenai seorang lelaki muda ingin membunuh diri yang dipanggil Akil. Dibintangi Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik dan Dira.
Sinopsis filem KIL
Mari kita mengenali pelakon utama filem KIL
Nama: Cristina Suzanne Stockstill
Panggilan: Cristina
Tarikh Lahir: 22 Januari 1985
Usia: 26 tahun
Keturunan: Melayu/Jerman
Agama: Islam
Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3)
Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)
Nama penuhnya ialah Shahredza Minhat dan berasal dari Ayer Tawar, Perak. Beliau sudah lama berlakon di pentas teater dan teater pertamanya bertajuk 'Otak Tak Center'. Tidak kurang juga baru mengenali Redza melalui filem pertamanya, 'Pisau Cukur'. Ataupun mengenali nama Redza apabila dihambat kontroversi gambar bogelnya tersebar di internet. Redza juga pernah berlakon di bawah arahan pengarah Bernard Chauly, sebagai watak sampingan dalam drama 'Gol & Gincu' dan 'Goda'.
Tidak sepenuh masa berkecimpung dalam industri seni ini sebaliknya dia merupakan seorang penganalisa pelaburan di salah sebuah institusi bank tempatan.Selalunya aktiviti lakonan hanya dilakukan pada waktu malam ataupun pada hujung minggu. Kerana itu dia lebih aktif dalam pementasan teater kerana latihan dan pementasan biasa dibuat pada waktu malam.
Tidak sepenuh masa berkecimpung dalam industri seni ini sebaliknya dia merupakan seorang penganalisa pelaburan di salah sebuah institusi bank tempatan.Selalunya aktiviti lakonan hanya dilakukan pada waktu malam ataupun pada hujung minggu. Kerana itu dia lebih aktif dalam pementasan teater kerana latihan dan pementasan biasa dibuat pada waktu malam.
Pernah menceburi bidang penulisan skrip sejak di bangku universiti dan pernah menggondol anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, 'Tat Nenas'.
Selepas itu, dia menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 yang diterima semasa Festival Teater Malaysia itu.Namun begitu, graduan pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia ini tidak pernah mengaku kalah lantas tidak jemu-jemu memerah idea dan menghasilkan naskhah seperti 'Gadis Jalan Burmah', 'Toast' (ada dijual di kedai buku Kinokuniya) dan terbaru 'I Lost The Plot'.
Kecintaannya kepada dunia teater juga membawa Redza pergi jauh dengan menghasilkan skrip. Ia satu pencapaian boleh dibanggakan. Hampir 10 tahun membabitkan diri dalam dunia teater, Redza sudah menghasilkan lima skrip yang sudah dan bakal dipentaskan.
macam cita filem tamil je
BalasPadammenarek jugak crita nie..hehe
BalasPadambest ker? smlm tengok harry potter...best sgt...5 bintang! hihi.
BalasPadamcantik gile cristina suzzane tuh...
BalasPadamhaha, baru first time nampak suzana ni
BalasPadammacam meenarik je ..
BalasPadamBaru tau pasal citer ni. Macam tak banyak promo kan. Orang kurang tahu.
BalasPadamterlepas pndg lak filem ni ... tp mcm best jer
BalasPadam