Selasa, 2 Ogos 2011

Balik Raya tak perlu bayar tol-Lebuhraya LATAR


Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) mempunyai sebulan lagi untuk menggunakan lebuh raya yang diuruskan oleh Kuala Lumpur Selangor Expressways Bhd (KLSEB) itu tanpa perlu membayar tol.

Tarikh akhir tanpa perlu membayar tol ialah 3l Ogos, 2011.


Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir, berkata mereka yang tinggal di kawasan perbandaran yang boleh diakses dengan lebuh raya itu seharusnya mengambil kesempatan dengan pengalaman bebas tol ini untuk menikmati berbuka puasa Ramadan dengan keluarga serta merancang lebih awal untuk perjalanan percutian "balik kampung" menggunakan lebuh raya.

"Bagi menambah semangat Ramadan, syarikat juga akan memberikan buah kurma dan air mineral kepada pengguna antara pukul 6 petang dan 7 petang setiap hari," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lebuh raya sepanjang 33km itu dibina pada kos RM958 juta, menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, BestariJaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

4 ulasan:

  1. HAha... mesti sesak gak lepas ni... ramailah yang nk cuba highway free... harap2 xjam la...

    BalasPadam
  2. best je kalu lalu highway free nie...sampai tak tau nak lalu lorong yang mana satu hehehe

    BalasPadam