Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.
Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya ALLAH.
“Selain itu, dia turut melabelkan kerajaan sebagai kafir kerana mengamalkan undang-undang kafir. Menghina Rukun Negara dan menuduh sekolah kerajaan mengikut acuan kafir selain mendakwa tidak wujud sekolah agama Islam yang sebenar di negara ini,” katanya.
Paling mengejutkan, kata Shafie apabila artis itu berulang kali mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh.
“Ini yang menyebabkan semakin ramai orang meninggalkan masjid kerana tidak berpuas hati dengan kata-katanya yang sangat kesat dan menghina itu,” katanya.
Azmil bersama keluarga |
“Penceramah itu mempertikaikan solat, zakat dan haji warga emas berkenaan yang menurutnya jadi sia-sia kerana menegur perbuatannya,” katanya.
Ditanya siapa yang me-ngundang artis itu dipercayai tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berceramah, Shafie mengakui dia tidak tahu.
“Saya pun tak sangka sampai begitu sekali,” katanya.info sini
Siapa ye pelakon tu? Info terbaru yang Ct dapat pelakon itu adalah Azmil Mustapha(Filem Ali Setan). Kita tunggu ajelah perkembangan terkininya nanti.
JAHAT BETUL LAH DIA NI !!!!!
BalasPadamnak wat macammana, dia baru kenal Islam!
BalasPadamsabar, belum ada kepastian lg siapa dia...huhu
BalasPadam@Aziemah Gekozen
BalasPadammemang dah sah azmil lah orangnya
hmm apa nak jd nie?
BalasPadam