Rabu, 24 Ogos 2011

Editor kanan TV3 disiasat didakwa melakukan gangguan seksual

Seorang editor kanan TV3 kini dalam siasatan syarikat itu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita. Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang petugas itu yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan meminta dipindahkan ke NTV7 bulan lalu.

Memetik sumber yang rapat dengan kes itu, berkata Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru-baru ini.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu. Editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

Katanya lagi, siasatan bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan. Salinan e-mel itu juga dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri. Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3.

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber berkenaan.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times. sumber

 Kalau benarlah cerita ini, diharapkan kesalahan  itu dapatlah dibuktikan, sudah banyak yang kita dengar gangguan seks di tempat kerja, terutama yang melibatkan orang atasan. Tapi kenapa tidak dilaporkan kepada polis?

13 ulasan:

  1. macam2 hal kan.. sedih sangat2 bila kes moral nie jatuh pada bulan y mulia

    BalasPadam
  2. aisehh masih dibenarkan bertugas, kalau lela pun rasanya xleh dh nak bekerjasama dibawah satu unit

    BalasPadam
  3. @Citarasa Rinduan
    orang macam ni perangainya bukan kira hari..suka hati dia aje..

    BalasPadam
  4. ingatkan stesen tv yang memaparkan berita2 adalah baik tapi mereka pun 2x5 gak

    BalasPadam
  5. @Lelord
    kadang2 kita ni kalau orang bawahan cam tulah,kena ikut aje,nak dibantah periuk nasi kita

    BalasPadam
  6. @Golden Rose
    manusia sama aje,cuma akal fikiran aje yg membezakan kita, kalau ikut nafsu cam nilah jadinya

    BalasPadam
  7. kalau mcmni nak p keja pun mesti rasa mls kan....

    BalasPadam
  8. kalo melibatkan org atasan... biasenye c mangsa yg kene... org atasan td bleh je keje ngan riang ria.. ade kat sesetengah tempat plak... yg wat gangguan seksual tuh sah2 pegawai atasan... tapi, tutup kes mcm tuh aje...

    BalasPadam
  9. org bawahan sentiasa tertindas kalu ada org atasan yang camnie.

    BalasPadam
  10. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    macam mana tak malas,hati tu sakit aje,klu tgk dia

    BalasPadam
  11. @RinnAzrinah
    betul tu,kita orang bwh ni dianggap tiada kepentingan aje dia orang buat,sbb tu kes mcm ni selalu berlaku,asyik terlepas aje sipesalah

    BalasPadam
  12. Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dalam satu kenyataan media pada 27 Ogos 2011 berkata laporan 'Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' yang disiarkan pada 24 Ogos lalu sebagai tidak tepat.

    “Merujuk kepada tajuk berita berikut: “Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' di laman portal Malaysiakini pada 24 Ogos lalu, pihak TV3 mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut selaras dengan polisi integriti syarikat.

    “Hasil siasatan mendapati ia tidak tepat, malah tiada aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

    “Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar laporan berkenaan,” petik kenyataan yang difakskan hari ini.

    BalasPadam