Sabtu, 6 Ogos 2011

Gambar comel Haider Harris pelakon cilik dalam Supermak


Supermak yang di terbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd punya keistimewaan tersendiri apabila lebih separuh dari pembikinannya menggunakan kesan khas visual. Menariknya drama ini tidak hanya meletak fokus pada plot cerita dan lakonan semata-mata sebaliknya 80 peratus daripada keseluruhan cerita menggunakan teknik Imej Janaan Berkomputer (CGI) bagi menghidupkan lagi perwatakan. Drama bersiri yang mengisi slot Aksi disiarkan di TV3, setiap Isnin jam 9 malam ini mengangkat konsep fantasi dan mitos yang tersendiri. Namun plot cerita dan garapan keseluruhan disuntik dengan elemen tempatan dan budaya Melayu.


Salah seorang pelakon yang menarik perhatian Ct ialah watak anak kedua kepada Amy Salim lakonan Nasha.Pandai betul dia berlakon. Nama sebenar pelakon cilik ini ialah Haider Harris Amrul Hadi yang baru berusia setahun. Menurut ayahnya yang juga berlakon sebagai watak sampingan, Kicap yang antagonis dalam Supermak, Haider di lihat berpotensi menceburkan diri dalam industri seni. Awalnya memang sukar juga kerana Haider masih ingin menyesuaikan diri namun selepas seminggu di lokasi pengambaran, nampaknya Haider sudah mengerti tugasnya dalam melakonkan watak dalam drama ini.

Haider Harris bersama ayahnya (Amrul Hadi)





Haider Harris bersama Azhan Rani


14 ulasan:

  1. mmg cute n comel pelakon cilik ni...

    BalasPadam
  2. untung dpt berlakon dgn nasha hehe

    BalasPadam
  3. wo kicap tu ke bapak dia?memang comellah..geram jer tgok..:)

    BalasPadam
  4. @FaKArePa!n
    lepas ni kena tgklah hari isnin pukul 9mlm TV3

    BalasPadam
  5. @Abe Goreng
    bertambah lagi pelakon cilik kat malaysia ni

    BalasPadam
  6. @Jendela Hati
    nanti dah besar baru dia rasa bangga, kecik ni tak tahu apa2 lagi

    BalasPadam
  7. @Puan Kutu
    senang ambil anak sendiri aje,nak jagapun ayahnya ada kat lokasi

    BalasPadam
  8. Terima kasih semua yang pernah menonton siri ini...

    Amerul Hadee/Ardi (Haider Hariz dad)

    BalasPadam