Khamis, 25 Ogos 2011

Larangan membekal, menjual seven colour crystal ball-merbahaya untuk kanak-kanak

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita hendak menyambut hari raya Aidilfitri. Sudah siap ke para ibu mengemas rumah?. Mesti sibukkan, maklumlah, tak naklah nanti kalau orang datang beraya rumah tak cantik. Bagi sesiapa yang suka menanam bunga atau pokok kecil dalam rumah ini ada info penting untuk peringatan kepada semua.
Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.

Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

Jelly Ball ini memang cantik, sebab tu menarik minat kanak-kanak. Kalau sudah membahayakan anak tak perlulah gunakan, hias rumah guna bunga plastik aje lah.



11 ulasan:

  1. keselamatan mestilah diutamakan...

    BalasPadam
  2. kalangan orang2 opis ramai ada jelly ball dlm pasu tumbuh2an kat opis. betul jugak bahaya kalau ada dirumah nak2 bila anak kecil...

    BalasPadam
  3. dulu saya ada nih anak2 suka makan, last2 buang je..

    ct .. kontest dah ada pemenangnya ..

    meh bee bg link k

    http://puanbee.com/kontest-duit-raya-telah-ditutup-dan-pemenangnya-ialah/

    BalasPadam
  4. semalam tgk berita tapi x jelas apa itu crystal ball ni..rupanya ini ke bendenya..mmg saya pun ada kat umah tapi dulu la,skrg dah buang..uh takutnya.bahaya la..

    SELAMAT HARI RAYA YER //

    BalasPadam
  5. Sian ada budak pecah usus termakan benda ni ya. Bahaya betul. Yati tak pernah guna jelly atau crystal ball ni. Cuma kalau beli bunga letak dalam vase tu, guna air je.

    BalasPadam
  6. benda tu tak salah, tapi mak bapak budak tu yang salah sebab biarkan bebudak tu makan benda tu, bahye lagi pisau, parang, minyak panas bla bla bla...ini soal tanggungjawab

    BalasPadam
  7. @Yati
    kat rumah ct ni pasu bunga pun tak de,anak masih kecil ni malas nak letak,takut pecah

    BalasPadam
  8. @HappyIrfa
    sbb ada mcm2 nama orang panggil,sbb tu keliru

    BalasPadam
  9. @Jendela Hati
    klu kat ofis tak pe lah tak ada budk,tak kanlah mak budk nak makan kot.he.he.he

    BalasPadam
  10. @Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
    ct ni tunggu anak besar baru boleh nak cantikkan rumah

    BalasPadam