Selasa, 9 Ogos 2011

Pelajar Malaysia cedera dalam rusuhan di Britain


Rusuhan di Britain bertambah buruk sehingga memaksa Perdana Mmenteri David Cameron memanggil sidang khas Parlimen Khamis ini.

Seorang pelajar Malaysia antara yang cedera dalam kekecohan di Barking, London. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong ketika dihubungi TV3 mengesahkan, pelajar berkenaan kini dirawat di Hospital Royal London. Pelajar terbabit cedera di rahang dan dijadual menjalani pembedahan esok.






Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu malam semalam. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an,berasal dari Selangor, tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London. Baca lagi di pisau.net


Selepas tiga malam, gelombang keganasan buat pertama kali merebak di luar ibu kota London. Ia membabitkan tiga bandaraya utama lain bermula di Liverpool, rusuhan kemudian menular ke Birmingham dan Bristol. Polis Britain menahan tiga perusuh yang disyaki cuba membunuh seorang pegawai polis. Pegawai berkenaan dilanggar kereta di utara London awal hari ini.

Menurut polis, 334 orang ditahan di London. 69 didakwa melakukan pelbagai kesalahan. Hampir 100 yang ditahan berusia sekitar atau bawah 21 tahun. 100 orang pula dtahan di Birmingham.


 

Rusuhan dan keganasan yang berlaku mencalar imej Britain. Ia disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu sejak rusuhan kaum menyebabkan London huru hara pada 1980an. Ia juga satu petanda kurang enak menjelang penganjuran olimpik musim panas tahun depan.

Selain London, kawasan tumpuan perusuh membabitkan tengah Birminghan, barat Bristol dan barat laut Liverpool. Sekumpulan remaja mengamuk merosakkan harta benda dan premis. Beberapa kumpulan remaja dilapor menggunakan sms, mesej blackberry dan laman web sosial seperti twitter untuk merancang serangan.

Perkhidmatan ambulans London berkata, pihaknya merawat 16 orang, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital. Kira-kira 35 anggota polis cedera selepas bertempur dengan perusuh.

Rusuhan tercetus lewat Sabtu di daerah Tottenham, London selepas bantahan aman ke atas kematian Mark Duggan bertukar ganas.tv3.com

     

keganasan tercetus di utara pinggir ini, Tottenham pada malam sabtu lepas susulan kemarahan penduduk berhubung seorang lelaki yang ditembak polis. Mark Duggan lelaki berusia 29 tahun mempunyai empat orang anak ditembak oleh polis semasa anggota pihak berkuasa cuba untuk menangkapnya.

Mahkamah Koroner Utara London mendapati Mark Duggan meninggal dunia akibat luka peluru. Koroner Andrew Walker menangguhkan perbicaraan sehingga12 Disember.bbc.co.uk
Lagi gambar rusuhan di illustrasiaku

8 ulasan:

  1. Moga Allah SWT menyelamatkan umat islam yang lain-lain di sana.

    BalasPadam
  2. Semoga Umat Islam disana dilindungi terutama pelajar Malaysia. Aminn.

    BalasPadam
  3. harap org kita disana selamat smuanya,Amin..

    BalasPadam
  4. Amin. Saya sekeluarga tinggal di utara London. Alhamdulillah tidak berada di dalam kawasan rusuhan. Setakat ini masih lagi tiada tanda-tanda rusuhan akan berhenti. Ramai yang ambil kesempatan untuk merompak kedai-kedai.

    BalasPadam
  5. harap2 semuany selamat. aminnn..

    BalasPadam
  6. Harap cepat lah reda semua ni.kesian mereka:(

    BalasPadam
  7. mintalah dijauhkan perkara-perkara mcm nie di Malaysia ..Ameen

    ademncats

    BalasPadam