Rabu, 3 Ogos 2011

Safee Sali dan Amirulhadi main macam monyet


BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.




Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.


“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.

15 ulasan:

  1. ni mesti jenis org yg talk without think niiii.. patutnya pandai2 lah jaga tutur kata n jugak msg kat tweeter ot FB

    BalasPadam
  2. nak pikir macam dia juga boleh tak mila...?

    cer tengok pemain singapura yang kat tengah tu... itu baru betul macam monyet kot.. macam nak menggaru ketiak jerk..

    ok ini baru pemikiran aku...
    apa la itu perempuan.. suami dia pun tak de perasaan benci atau dendam apa2.. game is game.. friendship is friendship.. kalau pertarungan kat game semua nak bawak keluar.. alamat semua negara lah dalam bermusuhan.. nak g travel pun tak kan selamat.. ekonomi pun boleh jatuh...

    macam bijak tapi otak singkat.. yennadeeeyyhhh...! pooodah..pooooh..poooh..!

    BalasPadam
  3. akhirnya makan diri jugak..tak suka duk diam2 takyah nk wat sttment makan diri

    BalasPadam
  4. kalo dl org kater
    kerana mulut badan binasa...
    sekarang..
    kerana tangan badan badan binasa...

    tuh la time tweet tuh dia tak pk la tuh....

    BalasPadam
  5. eleh.. tak kemana jugak bolasepak singa import tu..

    BalasPadam
  6. kalau saya, saya buat bodoh je buat apa nak dilayan... kuatkan semangat supaya lebih kuat berusaha...

    dilayan makin menjadi...sure sebelah sana pun nak tunjuk ego dan bagus juga

    BalasPadam
  7. ingt kan tuan punya blog ni yang cakap...ahahhaha....

    BalasPadam
  8. aritu bini shahril ishak ni kene basuh ngan supporter malaysia kat twitter sampai private akaun twitter. haha

    BalasPadam
  9. suka dia jer kan nak kata org monyet..:)

    BalasPadam
  10. @hestyrezyuda
    haha . betul 2 .
    sy rase . yg tgh lagi truk .
    muahaha

    BalasPadam
  11. aiya. bak kata adik saya, mulut tak sekolah tu. tak professional la kan cakap cmtu. memang patut mintak maaf terang-terangan. kalau tak, amek tindakan jela.

    BalasPadam
  12. eeeeeeee bahasa dia... bahasa menunjukkan bangsa tauuu...

    BalasPadam