Justeru, beliau menyangkal berlakunya penyelewengan undi pos seperti yang didakwa empat bekas anggotanya dan yakin mereka telah dipergunakan pihak tertentu untuk membuat kenyataan sedemikian demi kepentingan politik mereka. Beliau menyifatkan tindakan bekas anggota ATM itu sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan dan ATM. Mari kita baca dan dengar komen bekas anggota tersebut.
Pengakuan Bekas askar 1
Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah. “Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.“Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun. Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.“Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. “Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya.
Pengakuan Bekas askar 2
Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan. “Saya diarah memangkah pembangkang ketika itu, sebab ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. “Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki... kami berjuang demi mempertahankan negara tapi apa yang kami dapat?” katanya
Boleh baca lagi di blog cikgudahlia
Tak berani nak komen apa-apa. Yang penting bila hari mengundi nanti Ct sebagai rakyat Malaysia akan menunaikan kewajiban pada negara. Marilah..Mari..pergi mengundi...
tahun nie ker ct kita kena undi??
BalasPadamayu teetinggalan ttg tahun undi....
emm.. undi pos.. tetap rasa was2..
BalasPadamAllah je tahu mane betol mane salah..kita tak tahu kan..so jgn buat konklusi sendiri..hee ala nak ngundi gak!
BalasPadamHanya Allah yg tahu segalanya dan biar Allah yg membalas segalanya..kita xmampu utk menilai...
BalasPadammacam2
BalasPadamdari dulu terfikir2 tentang ketelusan undi pos ni...tak tahu la...
BalasPadam@Citarasa Rinduan
BalasPadamrasanya masuk tahun ni dah tiga kali ct mengundi