Berikan bimbingan dan sokongan kepada remaja hamil |
*Bertenang
*Minta anak menceritakan keadaan sebenar
*Jika hubungan dengan anak tidak rapat, dapatkan bantuan teman rapat untuk anak menerangkan perkara yang berlaku.
*Bawa berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan.
*Buat laporan polis.
*Mendapatkan bantuan dan rujukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika perlu.
*Jika remaja itu sudah melakukan kesalahan dari segi agama yang menyebabkannya hamil, ajaklah dia bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar dengan cara lemah lembut dan kasih sayang.
*Beri kata-kata positif dan semangat supaya mereka tidak mengalami masalah kemurungan.
INFO
Remaja adalah mereka yang berusia dari 10 tahun hingga 24 tahun.
Remaja muda berusia dari 13 tahun hingga 19 tahun.
Keadaan fizikal remaja yang berusia 11 tahun hingga 14 tahun seperti tulang pinggulnya yang belum bersedia untuk bersalin boleh mendatangkan risiko ketika proses kelahiran. Apabila ia terjadi, pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayi dan ibu.
Wanita digalakkan melahirkan anak dari usia 21 tahun hingga 35 tahun.
Bersalin dalam lingkungan usia 36 tahun hingga 45 tahun dianggap berisiko tinggi.
Apabila mencapai usia 45 tahun, wanita dinasihatkan tidak bersalin lagi kerana risikonya begitu tinggi.
Risiko kelahiran pada usia remaja
Keadaan sakit mahu bersalin pramatang atau proses kelahiran yang lebih cepat daripada waktu yang sepatutnya
Anemia (kekurangan zat besi dalam darah)
Penyakit tekanan darah tinggi
Preklamsia/preeclampsia.
Tanda penyakit ini ialah bengkak pada muka, kaki dan badan, rasa pening dan muntah-muntah, penglihatannya kabur dan sakit di ulu hati. Doktor akan mengenal pasti penyakit itu jika tekanan darah tinggi dan boleh juga menyebabkan kehadiran protein dalam air kencing. Penyakit ini amat berbahaya dan memerlukan rawatan segera untuk menstabilkan dan menyelamatkan ibu serta anak dalam kandungan.
'Remaja adalah mereka yang berusia dari 10 tahun hingga 24 tahun'
BalasPadamemm saya kawen masa remaja la yer..umur 21 tahun dah kawen.
remaja lagi tu..hehe