Rabu, 21 September 2011

Gambar Kad Kawin Eksklusif Nabil dan Zira berbentuk buku cerita dongeng

Betul-betul otak kartun Nabil ni. Dari tema Wonderland untuk majlis perkahwinannya nanti hinggalah ke Kad kawin, semuanya gambar yang ada berkaitan dengan kartun. Sebelum ini Kad Kawin Nabil dan Zira yang biasa-biasa aje dah di edarkan pada awal hari raya tempoh hari. Ini adalah kad kawin Eksklusif Nabil dan Zira pula. Agaknya ini untuk tetamu jemputan yang eksklusif lah ye.
Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti. Pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku. Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,”kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari
Kad kawin eksklusif Nabil dan Zira pandangan dari depan dan belakang
Kad kawin eksklusif Nabil dan Zira bahagian dalamnya
Kad kawin eksklusif Nabil dan Zira di I-City
Kad kawin eksklusif  Nabil dan Zira bertema Wonderland
Hati-hati dengan-"1 click & it's downloaded"
Video 'save the date' Nabil dan Zira-The Proposal

15 ulasan:

  1. suka kartun...tapi kalau dapat nak simpan lama mana yer...

    BalasPadam
  2. lawonya..teringat kad kawen saya 11 tahun yg lalu ..huhu.jauh beza.moga mrk kekal bhagia hingga ujung nyawa

    BalasPadam
  3. wah..nape da ade orng buat camni...baru hari tuh cakap ngn housemate nak buat design fantasy...

    ahaha terawal plak berangan pasal design kad kawen

    btw..mmg comel la kad kawennya~

    BalasPadam
  4. cantek lah kad ko nabil uiii... kelas ko bil...

    BalasPadam
  5. lepas ni hobi kumpul kad-kad kawin yang unik pulak..

    BalasPadam
  6. @HappyIrfa
    samalah cam kita,saya dulu pakai kertas A4 aje pas tu buat sendiri lagi

    BalasPadam
  7. kretif ...

    skrg ni sume brlawan2 kad sape plg best :p

    BalasPadam