Walaupun kedua-dua mereka tidak berkongsi tisu otak yang sama, namun pembedahan ke atas mereka masih berisiko tinggi kerana jika berlaku tekanan darah rendah, maka ia boleh mengancam nyawa pasangan berkenaan. Rital dan Ritag Gaboura dilahirkan menerusi pembedahan, September tahun lalu di Khartoum, Sudan.
Kedua-dua ibu bapanya adalah doktor dengan bapanya, Abdelmajeed Gaboura, 31, merupakan pakar sakit puan manakala ibunya, Enas, 27, masih dalam latihan kedoktoran. Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ibu bapa pasangan bayi kembar itu amat berterima kasih terhadap sekumpulan doktor yang berjaya memisahkan anak-anak mereka itu.
“Kami gembira kerana anak-anak kami ini berjaya menjalani pembedahan yang diperlukan. Kami juga tahu, ada banyak kanak-kanak lain yang memerlukan sumbangan untuk menjalani rawatan, justeru kami akan berusaha mendapatkan sumbangan berkenaan,” katanya.Kelahiran melibatkan kembar siam berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran. Kebiasannya 40 peratus daripada pasangan kembar siam meninggal dunia semasa dilahirkan manakala tiga peratus pula meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. zonbebas
alhamdulillah =)
BalasPadamalhamdulillah. :)
BalasPadam815.:)
Subhanallah, alhamdulillah. Allahuakbar.
BalasPadam