Sabtu, 24 September 2011

Gambar majlis pernikahan Memey Suhaiza dan Norman Hakim-24 September 2011

Ibarat merpati dua sejoli, artis Norman Hakim dan Memey Suhaiza Suhaimi telah diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah di kediaman keluarga pengantin perempuan dekat Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor selepas asar tadi. Pasangan ini dinikahkan dengan mas kahwin RM22.50 mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh negeri Johor dan hantaran berjumlah RM24000. . Dengan ini, Memey menamatkan zaman bujangnya pada usia 23 tahun dengan mengahwini Norman yang 12 tahun lebih tua dari dirinya setelah melalui pelbagai kontroversi termasuk dakwaan ditangkap khalwat bersama jejaka yang sama sebelum ini. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan pasangan kontroversi ini.
Norman dan Memey selepas nikah
Majlis pernikahan Memey dan Norman
Oleh kerana ruang kediaman keluarga Memey agak sempit, ramai ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan. Sebaliknya, mereka hanya melihat di skrin televisyen yang disediakan di luar rumah.
Anak-anak norman di sisi semasa majlis nikah
Memey Suhaiza diatas pelamin
Dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi. Sebaik sahaja pasangan ini disahkan sebagai suami-isteri, bumi Felda Tenggaroh Selatan 1 terus dibasahi hujan.
wang hantaran Memey berjumlah RM24,000. Selain menyarungkan cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang, Norman turut menghadiahkan seutas rantai kepada Memey.
Pakaian rekaan Ezuwan Ismail dan mekap Tiar Zainal
Memey dan Norman bersanding
Norman dan Memey sudah sah menjadi suami isteri
Memey dan Norman bersanding
Memey jadi pengantin baru 24 Sept 2011
Keluarga baru Norman
Memey bersama anak segera...uhuk
Memey di hari pernikahan
Anak-anak Norman, Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, mengenakan pakaian berwarna merah jambu untuk  majlis pernikahan ini.
Sejumlah 5 dulang hantan daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.


Seterusnya, pasangan pengantin baru itu akan bersanding dalam satu majlis gilang-gemilang yang menelan kos sebanyak RM12 juta di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini pada 28 September ini. gua
Type anything and see how it respon!

16 ulasan:

  1. gambar first, memey mcm serabai je, hekhekhek

    tahniah

    BalasPadam
  2. serabai atau solek biar namapak seusia ngan norman.. apa lah kann.. dah jodoh dia, tapi norman memang ensem cuma x bess aaarrr tengok apa pandangan anak bila tengok ayahku kawen lagi?

    BalasPadam
  3. ops kenapa ek wajah pengantin pompuan lain jer...

    apa2 pun tahniah la. selamat mejalani idup bersuamiisteri...

    BalasPadam
  4. sweet..first wedding norman n his second one contras giler beza nyer..btw, congrat..
    (munaweera.blogspot.com)

    BalasPadam
  5. jgn bercerai sudah.. ucapan tulus ikhlas ni..

    BalasPadam
  6. @aimaniman
    ct pun terfikir cam tu,apa yg ada dlm fikiran anaknya,bila tgk majlis tu...
    agaknya dia mesti compius

    BalasPadam
  7. @munaweera
    sbb tu dia tak nak jadi mcm yg pertama,terburu2...majlis pun ala kadar aje

    BalasPadam
  8. btl2....x de seri langsung....org lain pn ade yg muka lgi teruk dari muka dia tpi bila hari kawen bkn main lg berseri....tpi memey???...lu pk la sndri.huhuhuhuhu

    BalasPadam
  9. mmg xde seri pon....huhuu...
    bibir mcm sliper jepun,ko piki cantik la...hehee

    BalasPadam
  10. ermmm..ramai jgk yg cakap mmg xde serinye memey..nape ekk??

    BalasPadam
  11. Nape rupe memey memek je..mcm rupa evil stepmother cam cite Disney pun ada..hmmm...

    BalasPadam
  12. ape la yg seronok sgt memey .. menyampah aq tgk muke dye.. muke cover baik.. padahal seronok sangat dlm hati tu dpt hancurkan umah tangga owg..

    BalasPadam