Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen tersebut.
Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.
Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.
Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi
Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.Cubalah-Like it,Push it
Lama jugak kes ni baru nak selesai. Hmm.. kena ramaikan peguam lagi ke di Malaysia ni?
BalasPadambru setle ke??
BalasPadam5 thn utk 21 peluru. hurm..mmg adil pon.
BalasPadam