Jumaat, 9 September 2011

Terkini gambar majlis akad nikah Faezah Elai dan Heykal Hanafiah-9 September 2011

Setelah menerima kunjungan merisik daripada keluarga Heykal pada bulan April lalu maka dengan ini rasmilah pelakon Faezah Elai, 29 dan pengarah drama, Heykal Hanafiah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah berlangsung selepas solat Jumaat, 9 September 2011di Platino, Pulau Pinang . Sebelum itu pada sebelah pagi telah diadakan acara majlis khatam quran. Mana kala malam tadi diadakan acara majlis berinai.
Pada majlis akad nikah tersebut, pihak perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran antaranya cincin beserta rantai, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan kecantikan Forest Secret, Al-Quran digital dan telekung.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan antaranya berupa sebentuk cincin, kamera Nikon, I Phone 4, jam tangan Tag Heuer, penjagaan lelaki Forest Secret, Al-Quran, buah, cupcake serta sirih junjung.

Menyentuh mengenai resepsinya yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Disember ini, impian Faezah untuk mengadakan majlis resepsi ala pantai terlaksana apabila keluarga di sebelah Heykal sanggup melakukannya.

“Memang pada awalnya saya mahu buat ‘beach wedding’ di pihak saya tetapi kalau buat resepsi dekat pantai cuma 200 lebih sahaja jemputan yang boleh hadir. Sedangkan saya mahu jemput bukan sahaja keluarga tetapi juga rakan media dan peminat untuk hadir di majlis itu nanti.

“Disebabkan itu, resepsi pantai akan diadakan di sebelah pihak Heykal manakala saya pula akan mengadakan majlis resepsi di dewan,” katanya yang akan menjemput lebih 2,000 orang tetamu.

Selamat pengantin baru Faezah Elai, semoga kebahagiaan akan sentiasa mengiringi selalu dan berbahagia keakhir hayat.




16 ulasan:

  1. terselah kecantikan faezah nie..baju pun vogue g tue

    BalasPadam
  2. ye lee semoga bahagia selamanya.. cantiknya raja sehari nie..

    BalasPadam
  3. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat !..

    BalasPadam
  4. santek nyer pakai gaun.. sronok gak buat kat pantai.. heeh

    BalasPadam
  5. cantik...
    moga mereka bahagia sentiasa walaupun kontroversi...

    BalasPadam
  6. @eva
    mcm mana pula design baju yg buat kat pantai nantikan,mesti lagi cantik

    BalasPadam
  7. @Elih Japahar
    setiap pasangan pengantin mmg inginkan mereka berkekalan sehingga akhir hayat.

    BalasPadam
  8. @aimaniman
    bila dah jadi pengantin,lagilah bertambah cantik

    BalasPadam
  9. @kayrul-shah
    dari pereka terkenal mmglah cantik,sponsor aje tau

    BalasPadam