Mengambil konsep flashmob, klip video tersebut yang hanya dirakamkan menggunakan satu kamera telah diarahkan oleh Khairul Azri dari PhuturePhlow. Siti amat berpuas hati dapat bekerjasama dengan PhturePhlow yang pernah menerbitkan klip video Butterfingers seperti Seribu Tahun dan Mati Hidup Kembali.
“Konsep flashmob sudah biasa dilakukan oleh artis antarabangsa dan untuk lagu Falling In Love, Siti rasa menarik kalau kami masukkan elemen tersebut. Lebih-lebih lagi yang terlibat ialah peminat-peminat Siti sendiri selain penari professional. Kalau boleh Siti mahu peminat yang suka dengan lagu ini akan gembira bila dapat terlibat dalam pembikinan klip video ini. Siti tidak sangka ada di antara mereka yang sanggup bercuti demi menjayakannya. Mereka sanggup mengulang penggambaran apabila diarahkan untuk berbuat demikian dan tidak merungut. Siti mahu mereka merasai apa yang telah Siti lalui sepanjang lebih 15 tahun dan sama-sama menikmati hasilnya dalam klip video ini. Ini juga merupakan klip video Siti yang paling cepat disiapkan sepanjang kerjaya Siti kerana ia disiapkan dalam tempoh 5 jam sahaja. Penggambaran hanya gunakan satu kamera dan satu take sahaja. Siti tidak perlu menukar banyak pakaian. Memang ia kerja yang memenatkan kerana kami perlu melakukannya berkali-kali untuk memastikan itulah shot terbaik yang berjaya dirakamkan. Kami perlu meneliti setiap pergerakan penari, kedudukan penari dan juga persekitaran yang agak sukar dikawal. Ada satu ketika penggambaran terpaksa diulang kerana terdapat beberapa pelancong asing yang tidak sedar berada di dalam shot dan mahu mengambil gambar ketika Siti sedang melakonkan wataknya,” ulas Siti.Mengenakan trench coat berwarna ungu bercorak kotak yang ditaja oleh Burberry dipadankan dengan aksesori tajaan Mont Blanc, Siti sempat melayangkan ucapan terima kasihnya buat lebih 200 peminatnya yang hadir untuk turut sama dalam pembikinan klip video tersebut.
Klip video Falling In Love dijangka dilancarkan pada 26 September di majlis pelancaran album Inggeris pertamanya, All For Love yang akan mula dipasarkan pada 24 September. Lagu-lagu dari album tersebut juga boleh dibeli menerusi iTunes.
Baca Corat-coret disebalik pengambaran video klip Falling In Love
haiyaakk, tak sempat nak join hari tu :')
BalasPadamshe still the best kan walau ramai yang dah tak berapa suka...saya suka dia sebab suara dan komitmennya..kerja dengan sungguh2
BalasPadamSiti ooo siti...!
BalasPadam@Farida Amira
BalasPadamrugilah cam tu,klu tak boleh menari sama2 dgn datuk CT
@Suzie
BalasPadamye betul,hendaknya dah byk duit sekarang,mcm2 idea dia nak buat,majukan dirinya
@Elih Japahar
BalasPadampanggil ctNhoney ke,Datuk Ct..he.he.he.