Isnin, 10 Oktober 2011

5 Gambar lingkaran bulan/22 degree lunar halo (9/ 10/ 2011) dan tafsiran disebalik Kejadiannya

Gambar fenomena lingkaran 22 degree lunar halo telah berlaku malam tadi (9/ 10/ 2011). Lingkaran yang mengelilingi bulan seperti cincin ni dinamakan 22 degree lunar halo. Ia terjadi apabila terdapat awan sirus yang mengandungi kristal ais, pantulan cahaya dari bulan membiaskan cahaya tersebut lalu terjadilah fenomena ini.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

"Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak. Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais. Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya.

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo". Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi. Ini adalah beberapa keping gambarnya
Disebalik Kejadian Lingkaran Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini saya kembali dengan khabar peringatan bagi kita di tanah Melayu.
Sebagai jalan untuk memendekkan cerita benar ini,
saya ingin bersegera memesan pada semua anda yang sempat membaca di sini,
dan tolong sampaikan khabar ini sebagai langkah persediaan dan peringatan.

Beberapa tahun lepas,
iaitu malam sebelum terjadinya Tsunami di liputan Lautan India ,
yang berdekatan dengan titik gempa di Acheh,
telah berlaku kejadian seperti di bawah,
iaitu Lingkaran Bulan,
hampir bentuknya seperti di gambar di atas,
dan lingkaran ini boleh dilihat di mana2 sahaja di selatan Asia ,
pada malam itu….

Sekiranya anda tidak percaya,
anda boleh menghubungi rakan2 anda yang pernah berkhidmat dengan mana2 kapal,
samada kapal TLDM, ataupun kapal2 dagang,
pasti mereka mengingati peristiwa ini.

Pointnya di sini ialah,
graviti bulan memainkan peranan untuk menyebabkan mental planet bumi supaya…,
untuk melakukan proses “mengerak” pada garisan laluannya dengan lebih cepat dari kadar kelembapannya yang normal.
Hasilnya,
elok2 kerak2 ini bakal bergerak lagi 2-3 bulan,
tetapi dek bantuan bulan pada malam yang kebetulan sedang cukup bulat untuk memancarkan gravitinya,
lalu proses “mengerak” tetiba berlaku dengan laju,
dan maka…
terjadilah pelepasan tenaga di bawah laut,
yang menyebabkan ombak dalam laut diangkat lalu terbinalah Tsunami.
Ramai engineer2 kapal termasuk kapten menyaksikan peristiwa ini.

Lingkaran bulan merupakan tanda2 bagi manusia yang berakal,
untuk mengenal pasti bencana yang bakal menimpa.

Kronologi pembuktian TSUNAMI NUSANTARA:
- hadirnya bulan berlingkaran (ada aura di keliling bulan)
- pada esok siangnya, akan berlaku mendung yang panjang (sehingga melebihi 1 hari penuh)
- pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak (di Nusantara)
- semenanjung tanah Melayu terutamanya di Perak, Penang , Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus “di sesetengah daerah terpencil”)
- air terjun akan mengalir dengan deras…!!!
- kerang pasti timbul di pantai2 peranginan selepas beberapa hari atau minggu
- kehadiran binatang2 asing seperti dugong, makhluk2 aneh laut (yang lain dari lain)

AMARAN:
- elakkan duduk bawah kipas siling
- elakkan mandi di air terjun dan kolam air panas
- elakkan mandi di tepi pantai
- elakkan berkunjung ke kawasan tanah mendap

Catatlah kronologi di atas,
dan hitung balik kerana perkara ini akan bermula seawal selepas matahari terbit keesokan harinya,
bila salah 1 perkara yang disebut di atas terjadi,
silalah highlightkan petikan kiriman ini,
kerana lazimnya sejarah yang sama pasti berulang tapi dengan kaedah lain tetapi dengan ciri2 yang sama…
Info dari lingkaran-bulan


5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. gambar bulan di tangkap di terengganu tu lain sangat dari negeri2 lain.

    BalasPadam
  3. copy kt mane ni?? penah baca dulu hehe... sebenarnya saya dh biasa tengok bulan macam ni dari tahun lepas dan tahun ni dah beberapa kali. Pekara biasa je

    BalasPadam