Lebih menarik, seni bina istana itu tidak langsung menggunakan apa-apa bahan untuk menyokongnya berdiri sebaliknya menggunakan 100 peratus batang aiskrim dan ia menjadi kelebihan pada pasukan ini. Istana bersaiz kira-kira empat meter persegi itu lengkap dengan pengawal di setiap penjuru istana. Hiasan pokok dan binaan jambatan serta sungai menambahkan lagi kecantikan istana itu.
Nyata, idea Nur Farisya Jaffar, 10, Tang Zhi Hoh, 10, K Tirruselvam, 10, dan Zahirah Mohd Yusof, 11, begitu menakjubkan kerana mereka mampu menghasilkan sebuah istana yang cantik.
Kemenangan itu melayakkan mereka menerima hadiah utama, wang tunai RM3,000 serta sijil penyertaan. Tempat kedua diraih Sekolah Kebangsaan (SK) Sementa, Klang manakala tempat ketiga, SK Bukit Jelutong masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Jenama Wall’s Aiskrim, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Chan Meng Yang berkata, pertandingan itu mula dilancarkan pada Mei lalu dan berjaya menerima penyertaan lebih 100 sekolah di Lembah Klang.
Paddle Pop membekalkan kira-kira 500 batang aiskrim pada setiap pasukan. Diwajibkan menggunakan 80 peratus batang aiskrim dan selebihnya boleh menggunakan material lain untuk dijadikan hiasan.
Katanya, dalam tempoh tiga bulan, peserta yang layak perlu menyiapkan hasil mereka dan akan dinilai pada hari kemuncaknya iaitu hari penentuan yang penilaian dilakukan juri.
“Terdapat pelbagai cara kreativiti boleh dipupuk di luar bilik darjah dan kami gembira dapat memberikan murid terbabit peluang mengekspresi daya kreativiti mereka yang ingin mempamerkan rekaan menakjubkan menggunakan perkakas mudah seperti batang aiskrim,” katanya. hmetro
“Terdapat pelbagai cara kreativiti boleh dipupuk di luar bilik darjah dan kami gembira dapat memberikan murid terbabit peluang mengekspresi daya kreativiti mereka yang ingin mempamerkan rekaan menakjubkan menggunakan perkakas mudah seperti batang aiskrim,” katanya. hmetro
kreatipp...cun kan...
BalasPadamcomel! :)
BalasPadamSangat kreatif...:)
BalasPadamdaya imaginasi yg menyerlah!suka...:)
BalasPadamx pernah sampai lagi kat i-city ini, teringinlah pulak pergi bila tengok gmbr2 yg meriah tu...
BalasPadampandai jugak dia ..
BalasPadam