Rabu, 5 Oktober 2011

Gambar majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz

Tahniah buat pelakon Ana Dahlia,28, dan anak Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri atau Chef Riz,30, yang  bertunang pada hari ini, 5 Oktober 2011. Majlis telah berlangsung pada tengahari tadi di kediaman Ana Dahlia di Batu 8 Changkat Jering, Taiping, Perak. Rombongan pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang.

Majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz
Majlis pernikahan akan melangsungkan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangannya itu. Mengikut perancangan awal, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara sederhana yang mana di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang, pada 18 Disember.
Ibu Ched Riz menyarungkan cincin tunang ke jari Ana Dahlia
Mengenai wang hantaran pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.




Sebanyak 5 dulang bersama sebentuk cincin sebagai hantaran
Selamat bertunang Ana Dahlia dan Chef Riz

 Offer limited to the first 1,500 customers, better hurry



 Komen Ana Dahlia
"Saya gembira, keluarga ayah Riz, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) menerima keluarga saya yang sederhana ini, Alhamdulillah. Saya juga bersyukur kerana keluarga Chef Riz juga tidak kisah dengan statusnya sebagai janda dan ia bukanlah penghalang untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang disayanginya. Kita semua tahu, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing, begitu juga saya. Asalkan keluarga, rakan-rakan terdekat dan bakal mentua tahu, itu sudah memadai. Lagipun sebelum ini bukan saya ingin merahsiakan status ‘janda’. Cuma saya fikir, tidak perlulah orang tahu mengenai hal saya yang agak peribadi itu. Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami berjaya melalui beberapa dugaan walaupun tempoh perkenalan saya dengan Riz tidak sampai setahun. Mungkin inilah namanya jodoh,” ujarnya.
Gambar AleeyaStudio dan  jangguttouch juga  chedet.butiknasha

9 ulasan: