Majlis resepsi Nabil dan Zira telah diadakan pada Ahad 2 Okt 2011 di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman. Majlis telah bermula pada pukul 8.00 malam tadi. Seramai lebih dari 2,000 orang telah menghadiri majlis resepsi tersebut.
|
Majlis sanding Nabil dan Zira di I-city Shah Alam |
|
Nabil tak sudah dengan senyuman gembiranya (baca doa pun masih tersengeh lagi) |
|
Kek perkahwinan Nabil dan Zira yang bertemakan Wonderland (sayangnya nak makan,cantik) |
|
Keadaan majlis resepsi Nabil dan Zira di I-city Shah Alam |
|
Pelamin Nabil dan Zira di I-city |
Bercakap kepada media ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berkonsepkan Fantasy Wonderland ini, Nabil mengakui apa yang di’ilhamkan sebelum ini menjadi satu kenyataan.
Di’soal tentang keseluruhan kos majlis perkahwinan mereka, Nabil tanpa berselindung berkata beliau mengeluarkan RM177,000 dari poket sendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka berdua.
“Kalau anda semua mahu perkahwinan sebegini, bersedialah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Tetapi tidak mengapa, saya puas kerana gembirakan orang tersayang,” kata Nabil yang sentiasa mengusik Nazira sepanjang sidang media.
Nabil turut bercakap tentang perancangan selepas ini untuk kerjaya Nazira, beliau berkata beliau suka jika Nazira menjadi teman beliau untuk kerja tetapi lebih suka isteri kesayangan untuk tinggal di’rumah sahaja.
Selamat pengantin baru Nabil. You are the best bro
wah.. buat kat I- city.. glam hbis.. hehe
BalasPadamjadi artis.. semua ditaja kan... seronoknyer....
BalasPadam@NormaLiza Mah
BalasPadamditaja erk?.. katanya keluarkan 'RM177,000 dari poket sendiri'...
wah..cantiknya kek..
BalasPadamkaya nabil ye..
lawanya nazirah...bertuah nazirah dpt suami yang sayangkannya
BalasPadamfuyoohh... ini memang hebat, kuor duit poket sendiri.. jgn berhutang sudah..
BalasPadamkek tu memang cantik betui dekorasinya..
best kan, semalam nk pergi tapi tak tau buka tak utk org awam.....hahahha....cantik kan...tp make up nabil tak cantik, nampak putih tompok 2...kihkihkih
BalasPadamTema lain dari yang lain. :)
BalasPadamtahniah nabil, semoga berkekalan, icity memang cantik.
BalasPadamye la ct, menyengih je si nabil nie. suka sgt le tu. mak sy dh pesan kalu kuar dlm majalah mak soh beli hehehe
BalasPadam@Jendela Hati
BalasPadambila ct buat entry nabil ni,mmg ct teringatkan Pzai,mesti nak tgk gambar kawin nabil dan zira