Khamis, 6 Oktober 2011

Panas!! HOT FM buat Laporan Polis

Pihak pengurusan Hot FM hari ini mengumumkan bahawa Hot FM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur negatif mahupun berniat jahat melalui akaun sosial media, Facebook dan Twitter milik stesen dan penyampai-penyampai Hot FM sehingga tarikh kenyataan ini di keluarkan.

Untuk rekod, pencerobohan akaun laman sosial media ini telah bermula sejak Mei lalu dengan akaun rasmi Facebook Hot FM digodam dan diikuti dengan penyampai yang lainnya. Keadaan berubah serius apabila penggodam mula mengeluarkan kenyataan dan status negatif sejak pertengahan September lalu.

Terbaru, penggodam tersebut telah mempamerkan maklumat peribadi seperti senarai nombor telefon mudah alih, akaun bank, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu dan alamat kediaman milik personaliti dan selebriti tempatan.

Hot FM memandang serius jenayah siber ini dan pihak pengurusan Hot FM serta penyampai stesen itu telah memfailkan laporan polis pada 3 Oktober 2011 untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa terhadap kes ini. Aduan juga turut di buat kepada Siber Sekuriti untuk siasatan terperinci. gua.com


Apakah matlamat hidup anda? Janganlah jadi macam pengodam ni


3 ulasan: