Watak Juliana dalam Filem Mail Lambung sebagai perisik |
Bagaimanapun, ketika orang lain sepertinya gigih untuk mendaki ke puncak kegemilangan, Juliana pula mungkin membuat keputusan yang agak mengejutkan kerana mahu berhenti berlakon dan berhijrah ke luar negara. Alasannya, mahu menyambung pelajaran di luar negara. Itu adalah keputusan yang tulus daripada hatinya. Bukan kerana merajuk, kecewa atau didesak oleh mana-mana pihak. Juliana akan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Michigan, Amerika Syarikat, Januari depan.
“Mail Lambung adalah filem terakhir lakonan saya sebelum ke Amerika Syarikat,” katanya.
“Mail Lambung adalah filem terakhir lakonan saya sebelum ke Amerika Syarikat,” katanya.
Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans ini berkata, faktor usia yang semakin meningkat menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menangguhkan pengajiannya sehingga ke peringkat tertinggi. Juliana adalah penuntut program ijazah berkembar dalam jurusan komunikasi di sebuah kolej di Sunway, Subang Jaya.
“Saya berada di sana pun mungkin dalam jangka masa dua tahun. Dan dalam tempoh itu, saya juga akan mengambil kursus jangka pendek dalam bidang lakonan ataupun di belakang tabir. Semua ilmu itu akan dicurahkan apabila habis belajar nanti,” katanya.
“Saya pun tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapapun memandangkan saya akan ke luar negara demi melanjutkan pelajaran. Jadi rasanya tidak sesuai untuk saya bercinta. Lagi pun, saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh,” katanya yang mengaku masih solo ini.sumber
Mr J minat sungguh dengan dia nih..~ penuh satu poster dia di bilik.
BalasPadamwww.pengeRindu.com
die comel..hehe
BalasPadamslm perkenalan..cik ila jumpe kt innit td..
Xpe.. Dy muda & berniat na mnimba ilmu.. Bagus2.. Dy sgt cntik kan.. :)
BalasPadamsolo lagi?wahh.. ada peluang masuk line ni.. hahaha
BalasPadammuda lg elok ar g belajar lg
BalasPadam