Siapa sangka ratusan ribu rokok boleh menghasilkan kerja seni unik seakan menyerupai permaidani bulu harimau.
|
Permaidani dari rokok |
Seorang artis berpengaruh kelahiran China, Xu Bing, 56, menggunakan kepakarannya menghasilkan permaidani dengan 500,000 batang rokok sebagai simbol perdagangan global selain memberi peringatan mengenai bahaya tabiat tidak sihat itu.
Jurucakap Muzium Virginia tersebut menyatakan projek permaidani Xu Bing itu menggambarkan hasil seni seorang artis kontemporari dan inovatif kerana beliau telah melakukan kajian terhadap pengeluaran tembakau di beberapa negara sebelum ini.
|
Projek Xu Bing dari rokok |
“Beliau telah melawat ladang tembakau, gudang dan kilang rokok sebelum memulakan projek untuk pameran tersebut,” menurut jurucakap muzium itu lagi.
Kurator Jabatan Seni Moden, turut menyatakan pengunjung juga berpeluang untuk melihat buku dicetak menggunakan kotak mancis dalam pameran tersebut.
Permaidani yang menakjubkan ini dipamerkan dari sekarang sehingga Disember 4, 2011 di Virginia Museum of Fine Arts. Kemudian ia akan dipindahkan ke Aldrich Contemporary Art Museum diRidgefield, Connecticut pada bulan Januari 2012.
|
Permaidani dari rokok bercorak harimau |
|
Permaidani dari rokok ini menggunakan 500,000 batang rokok kesemuanya |
isy3...nak pomot rokok ke ape diorang ni? tp kretif =)
BalasPadampeh...kretip bangat...:)
BalasPadamwau lawa serius..
BalasPadam