Jumaat, 18 November 2011

Video Lima Kemalangan Dalam Tempoh 2 Jam Di Lokasi Sama

Lima kemalangan dalam tempoh dua jam di lokasi yang sama menyebabkan seorang penunggang maut, lima cedera parah manakala kira-kira 60 lagi terselamat. Kemalangan membabitkan 12 kenderaan itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Bukit Tagar, Hulu Selangor.
[IMG_0368.JPG]
Kemalangan pertama, dipercayai langgar lari berlaku kira-kira jam lapan malam semalam. Penunggang motosikal, Muhammad Noor Sharaffi Husin, 18 tahun, terjatuh lalu kepalanya digilis sebuah kenderaan, yang kemudiannya meninggalkan tempat kejadian. Rakannya, Mohd Nafis Norman-Kias, parah.

Sejam kemudian, empat kenderaan termasuk sebuah lori merempuh sesama sendiri sebaik menghampiri lokasi kejadian.Empat orang yang menaiki sebuah kereta cedera parah, dua lagi terselamat termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Beberapa minit kemudian, kemalangan ketiga berlaku membabitkan sebuah bas ekspres yang merempuh sebuah bas di hadapannya kerana mengelak kemalangan sebelumnya.

Dan ketika anggota perubatan sedang merawat mangsa, dua lagi kemalangan membabitkan empat kereta berlaku.Tindakan pantas anggota polis berjaya mengeluarkan tiga penumpang di dalam salah sebuah kereta yang terbakar di bahagian enjin.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Empat mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Sungai Buloh, seorang lagi ke Hospital Slim River.

Dengarnya kawasan itu memang panas sikit, dah banyak kemalangan berlaku sebelum ini.


7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. c n honey boleh kalau rina nak taq
    untuk satu contest dah taq pun tapi kalau tak suka tak pa bgtaw nanti rina buang taq tu

    BalasPadam
  3. msti tmpat ni berhantu.hu2.tkot lalu kt jlan 2.

    BalasPadam
  4. huish... seram bca menmalam . da la tito sorg huwaaa

    BalasPadam
  5. ish2...skng kemlngn mmg sellu berlaku...

    BalasPadam