Ezlynn dan Adam tetapkan syarat di majlis resepsi tajaan Rafflesia |
Mengulas mengenai itu, bagi Ezlynn, dia dan Adam sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Majlis ini dibuat untuk meraikan hari bahagia mereka bersama sahabat handai dan rakan taulan.
Malah mereka sedia maklum, pasti akan timbul kontroversi. Kerana itu, tatkala disuarakan pihak Rafflesia mahu memberi penajaan, Ezlynn dan Adam memilih untuk berbincang dan mengambil pendekatan, 'win-win situation'. Setiap perkara daripada soal baju, dekorasi ballroom, perjalanan majlis semua melalui proses perbincangan bersama.
"Ini majlis kami. Jadi kami tak nak serahkan bulat-bulat pada mereka (pihak Rafflesia) untuk uruskan semuanya. Misalnya, tak kisahlah kita nak buat konsep apa pun, tema apa pun tapi saya katakan pada mereka, saya nak bacaan doa di awal majlis. Malah Ezlynn ada berniat nak bagi cenderahati berupa Surah Yassin buat tetamu muslim, jadi kami katakan pada mereka, kami nak bagi hadiah tu. Dan saya nak ada antara saudara mara kami yang akan dijemput. Jadi, mereka setuju. Pendek kata, pihak kami dan pihak Rafflesia sama-sama keluarkan idea", jelas Adam.
"Macam dari segi baju pun, untuk gaun Rafflesia tu saya akan duduk sama-sama dengan pereka-peraka saya. Awal-awal saya dah cakap kat mereka, tak nak yang terlalu seksi dan nak yang berlengan. Skirt pun tak mahu terlalu pendek tapi tidaklah panjang. Lebih kurang bawah paras lutut sebab nanti tak nampak pula kasut yang Neelofa reka khas untuk saya tu kan..." celah Ezlyn pula.
Pasangan suami isteri ni ditemui di majlis sidang media sempena majlis resepsi mereka yang ditaja oleh Rafflesia, semalam.
Malah idea majlis ni timbul pun secara spontan. Al-kisahnya sebagai antara sahabat terdekat, Ezlynn dan Adam mengkhabarkan kepada Bill Bora mengenai keputusan mereka untuk berkahwin. Sejurus itu juga Bill menyatakan niat mahu melaksanakan majlis resepsi mereka. Dan setelah berbincang akhirnya Ezlynn dan Adam menerima dengan hati terbuka untuk ditaja.
"Kami kenal Bill sejak lima tahun lalu. Kita sering bekerjasama dalam beberapa event. Jadi bila kami cakap kami nak kahwin, dia pun terus cakap yang nak buatkan wedding kami", kata Adam.
Menurut Ezlyn pula, angan-angan mahu berkahwin dalam suasana ala negara Latin bermula sedari dek penangan dia yang gemar menonton cerita-cerita dari negara itu.
"Saya sendiri memang mahukan tema ini. Sebab saya nak nampak lain dari yang lain-lain yang dah pernah orang lain buat sebelum ni. Saya suka tengok cerita Sepanyol, so berangan lah jugak alangkah best-nya kalau dapat kahwin ala suasana gitu",
Pada malam itu nanti, Ezlynn akan turut membuat persembahan menyanyikan lagu dalam bahasa Sepanyol. Serta sebagai melengkapi majlis idamannya tu, Ezlynn juga mengimpikan Dato' Siti Nurhaliza dan Anuar Zain bernyanyi di malam itu nanti.
Selain majlis resepsi ini, bakal di adakan satu lagi majlis resepsi mereka sendiri khas untuk diraikan bersama saudara mara terdekat. Akan dilaksanakan pada 20 Januari, kata Ezlyn, majlis itu pula nanti ada di realisasikan dengan tema tradisional.sumber
Gambar dari REDphotography
huuuu..
BalasPadamnanti kawen nak mintak Rafflesia taja la jugak.. XD
alhamdulillah :)
BalasPadamuntunglahhhh kawen dpt penaja~ haha
BalasPadamrafflesia x nk sponsor sy kawen ke nnti??
BalasPadammungkin ezlyn tak nak jadi kes macam memey..tue yg dia letak syarat tue
BalasPadam