Barisan juruterbang Krisakti di LIMA'11 |
Kesemuanya merupakan juruterbang berpengalaman Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka pernah mengendalikan pesawat pejuang seperti MIG-29N, F/A-18D Hornet, Hawk 200, Aermacchi MB339 dan A4-Skyhawk PTM dengan masa penerbangan melebihi 2,000 jam.
Aksi Krisakti di LIMA'11 |
Turut bertindak sebagai jurulatih Krisakti, Datuk Halim Othman yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Aerotree berkata, keinginan untuk membuktikan keupayaan juruterbang tempatan menyebabkan beliau mengambil tanggungjawab menubuhkan pasukan itu.
Semua ahli Krisakti mengambil masa selama enam bulan untuk berlatih bagi menajamkan kemahiran aerobatik. Ini diikuti latihan intensif di Sywell Aerodrome, Northhamptonshire, United Kingdom,bersama pasukan aerobatik The Blades. The Blades dibarisi bekas juruterbang aerobatik terkenal Red Arrows.
Pasukan itu membuat kemunculan sulung di Langkawi menggunakan pesawat ringan, Extra 300L buatan Jerman yang merupakan pesawat aerobatik terbaik dunia.
Sehingga kini Krisakti telah mencatat 20 jam penerbangan. Sepanjang LIMA'11, pasukan itu telah melakukan tujuh pertunjukan udara. Pada kelajuan 400 kilometer sejam, pelbagai formasi dilakukan di udara seperti loop, diamond, swan, line astern atau trumble flick.
Krisakti menggunakan pesawat Extra 300L |
Formasi menarik yang dilakukan oleh Krisakti |
Antaranya sempena persidangan Industri Pertahanan Antarabangsa Brunei(BRIDEX) selain Malaysia MotoGP, Malaysia F1 Grand Prix, Hari Kebangsaan dan Hari Angkatan Tentera Malaysia(ATM).
sumber kosmo&BMinggu Ahad 11/12/20111
Dapatkan maklumat lanjut di http://www.krisakti.com
huwaaaa... proud to be Malaysian...
BalasPadam