Ariff Alfian Rosli pelajar tajaan Petronas |
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
Majlis perkahwinan Ariff Alfian Rosli di Dublin |
"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu. utusan.com
Kenapa anda mesti mendapatkan iphone4-Klik disini
Baca lagi Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin di sini
Koleksi Gambar Perkahwinan Ariff Alfian Rosli dan Jonathan di sini
sedih tengok anak melayu jadi macam ni
BalasPadamya allah kesiannya parents dia
BalasPadammmg amat menyedihkan laa
BalasPadamtak guna punya anak, sanggup buat mak ayah macam tu !
BalasPadammemalukan umat islam :( nama malaysia pun tercemar gak selain nama mak bapak budak tu
BalasPadamIshhh...pakai baju melayu plak tu..geramnya...apa maksud dia berpakaian sedemikian?
BalasPadamsemoga beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan....
BalasPadamsemuga beliau dapat di hubungi oleh orang kita dan di beri panduan dan hidayah darinya
BalasPadamkita yang masih lagi belum tersesat ni.. ambil la pengajaran. Jangan join sekali
BalasPadambaru sempat baca full story tentang benda ni....
BalasPadamnak buat pa per pun, fikir la mak bapak kan...
BalasPadamsaya mendoakan agar dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Ya Allah bukakanlah pintu hatinya dan ringankanlah beban ibu bapanya.
BalasPadam