Khamis, 29 Disember 2011

Pagi Yang Menginsafkan-Adakah Yang melawat Jenazahku Bila Tiba Masanya Nanti?

Alhamdulillah, pagi ini berpeluang lagi untuk meneruskan kehidupan di dalam dunia yang fana ini. Tak lama lagi sekolah akan di buka semula. Esok pun anak yang sulong akan balik ke asrama di MRSM Baling. Pagi ini seperti biasa rutin harian, bangun pagi siapkan baju dan sarapan untuk hubby pergi kerja.

Bila buka aje pintu nampak Ambulan di rumah jiran depan rumah. Cemas juga. Walaupun tak rapat sangat dengan dia, maklumkan itu rumah orang bujang, tak ada masa nak bertegur sapa sebab mereka pun sibuk bekerja (nama pun tak tahu, bahasakan Adik & Kakak aje). Tunggu juga diluar rumah nak bertanyakan apa sebabnya,tapi tak ada siapa orang yang nak di tanya. Sampailah Ambulan pergi. Hairan, sebab kalau sakit mestilah Ambulan tu bawa salah seorang mereka.

Akhirnya ada juga orang yang nak ditanya......

Kawan ada masalah ke?

Kakak saya meninggal lah kak? Kata seorang lelaki (adiknya)

Innalillahiwainnailaihirojiun. Kenapa, apa puncanya?

Kakak saya ada sakit jantung, malam tadi dia ada mengadu sakit dada. Pagi tadi dia dah meninggal.

Ct pun balik rumah selepas memberikan sedikit kata-kata yang sesuai bagi orang yang dalam kesedihan.

Tidak lama selepas itu ramai yang datang, mungkin saudara maranya. Sambil menyiapkan sarapan dan layan perangai anak yang dah bangun tidur, sempat juga melihat suasana dirumah jiran tersebut. Nampaknya ramai yang sudah memenuhi laman rumah tersebut. Kelihatan juga rakan-rakan sekerja (sebab mereka pakai uniform) yang berbangsa melayu, cina dan india. Akhirnya jenazah dibawa kekampungnya di Kuala Pilah dengan menaiki Landrover polis.

Moral dari kejadian di pagi ini.
Sambil melihat suasana kesedihan tu, Ct pun terfikir, bila tiba hari untuk diri ini, adakah ada rakan-rakan yang datang melawat jenazah Ct? Adakah ada orang yang sayang dengan Ct ini? Bila melihat dari umur jiran Ct tu usianya bukanlah tua sangat, masih muda dalam lingkungan 25 tahun, tapi dah ada sakit jantung. Ct ni dah nak masuk 40 an, rasa masih tak cukup lagi bekalan untuk kesana. Ya Allah..kau berikanlah kesihatan yang baik untuk aku beramal dan panjangkan umurku, supaya aku berpeluang membesarkan dan melihat kejayaan anak-anakku.....Amin.
Tip mudah bagi wanita yang inginkan perubahan  bertukarlah dengan cara  gaya hidup sihat

2 ulasan:

  1. Ct itulah sebab musabab kita melawat jenazah sebab membawa keinsafan pada diri kita.....

    BalasPadam