Hattan dan Farah sah bercerai |
Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.
Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.
Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.
Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.
Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.sumber
ishhh...baru kawin dah cerai..
BalasPadam