Isnin, 30 Januari 2012

Gambar Juara & Persembahan Artis Di Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) TV3

KARYA Datuk M Nasir masih berbisa apabila lagu ciptaannya Awan Nano diangkat sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. 


Lagu itu yang seni katanya ditulis oleh Budi Hekayat dinyanyikan oleh penyanyi muda dari Sarawak, Hafiz. 

Lagu Terbaik AJL26-Awan Nano

Malahan dengan penghayatan yang baik ketika menyampaikan lagu itu, membuatkan Hafiz turut dipilih memenangi hadiah Persembahan Terbaik AJL26.

Vokal Terbaik AJL26-Hafiz Awan Nano
Sementara itu, kemunculan Remy Ishak ketika Alyah menyanyikan lagu Kisah Hati antara persembahan atau gimik menarik membuatkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, gemuruh dengan sorakan penonton.

Begitupun, vokal Alyah yang tampil dengan gaya patung di atas ‘music box’ memang mantap dan sudah membolehkan persembahan penyanyi ini ‘berdiri di atas kaki sendiri’ tanpa perlu ada aktor terbabit. Malam tadi, Alyah pulang dengan trofi Persembahan Terbaik.
Persembahan Alyah Lagu Kisah Hati di AJL26
Remy Ishak & Alyah Di AJL26

Persembahan Terbaik AJL26-Alyah Kisah Hati
Turut menampilkan persembahan mantap ialah gandingan tiga suara iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah menyampaikan lagu Beribu Sesalan. Ternyata gabungan suara mereka cukup serasi dan mantap. 

Persembahan Dari Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah  Beribu Sesalan di AJL26
Aizat pula memulakan nyanyian lagu Sungai Lui dengan menampilkan persembahan angklung bersama lukisan pasir artis yang diundang khas.
Persambahan Aizat dengan Lagu Sg Lui di AJL26
Faizal Tahir menyanyikan lagu Karma dengan vokal yang padu dan bertenaga tetapi persembahannya seperti sudah dijangka. 
Persembahan Faizal di AJL26 dengan Lagu Karma
Pelbagai gimik diketengahkan oleh setiap penyanyi dalam persembahan masing-masing. Ia bagi memastikan persembahan mereka nampak hidup dan menghiburkan.

Yuna pula yang kurang menyerlah pada persembahan pertama ketika mengalunkan Gadis Semasa, tampil lebih yakin dengan lagu Penakut. Mungkin deretan chandelier menolongnya beraksi lebih baik. 

Yuna dengan Lagu Penakut di AJL26
Persembahan Yuna di AJL26 dengan Lagu Gadis Semasa
Terdahulu, persembahan Monoloque dan Atilia ketika menyanyikan lagu Adinda Kekanda pula mengingatkan kepada kategori Irama Malaysia kerana lagunya yang digubah khas menggabungkan irama moden dan tradisional. Tambahan pula Monoloque tampil dengan memakai tanjak, manakala Atilia pula berbaju kebaya.

Atilia & Monoloque di AJL26
Persembahan kumpulan Projek Pistol menyampaikan lagu Wanita Seluruh Dunia pula dianggap sebagai paling ringkas pada AJL kali ini.
Persembahan Boy-Projek Pistol di AJL26
Jaclyn Victor pula kelihatan agak biasa saja ketika menyanyikan lagu Sedetik Lebih. Tampil dengan baju gaun biru muda, penghayatannya ketika menyampaikan lagu itu kurang meyakinkan walaupun disokong vokal yang baik.
Persembahan Jaclyn Victor diAJL26
Sementara itu, sedutan daripada klip video yang menunjukkan Herman Tino menampar Hafiz menjadi pembuka persembahan kepada anak muda daripada Sarawak itu saat menyampaikan Awan Nano. Ternyata, Hafiz tampil sangat ringkas dan kelihatan cukup yakin dengan melodi, muzik dan seni kata lagu nyanyiannya.

Persembahan Hafiz di AJL26 dengan Lagu Awan Nano
Pakaian yang simple Hafiz di AJL26
Aksi Najwa Latif ketika membawakan lagu Cinta Muka Buku ciptaannya seperti tidak ada sebarang perasaan. Biasa saja. Mungkin Najwa gementar kerana pertama kali membuat mengadakan dalam pertandingan besar.
Persembahan Najwa Latif dengan lagu Cinta Muka Buku di AJL26
Persembahan lagu Kalau Berpacaran yang menggabungkan Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet pula agak kabur. Tidak ada elemen dramatik, ‘seram’ sebaliknya dinyanyikan dalam mood kegembiraan sedangkan kandungan seni kata lagu ini adalah berunsur nasihat.

Ana Raffali di AJL26-Kalau Berpacaran
Tema air pada AJL26 memang agak menarik tetapi kurang jelas melainkan pada warna biru yang menjadi latar belakang utama keseluruhan persembahan anugerah ini. Ia turut mencabar kreativiti mereka yang bertanding.
Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-26
Kemunculan awal Jamal Abdillah pada awal persembahan ketika menyanyikan lagu Senandung Semalam sedikit membingungkan penonton kerana penyanyi itu seperti muncul secara mengejut. Namun, aksi Awie memang cukup mantap dan bertenaga. Begitu juga dengan vokal Datuk Sheila Majid ketika menyanyikan lagu Warna. Mereka bagaimanapun berjaya mengembalikan nostalgia buat penonton.

Sheila Majid di AJL26
Persembahan Awie di AJL26
Persembahan Jamal Abdillah di AJL26
Gambar dari TV3 MALAYSIA dan HM



3 ulasan:

  1. assalamualaikum CT...mmg best tahniah buat Hafiz sbb jadi juara...:)

    BalasPadam
  2. kalau ada datuk citi lagi best...

    BalasPadam
  3. tak suka FT menang..haha..lagu Kisah Hati patut dlm top 3..Alyah nyanyi best

    BalasPadam